Ikhlas itu jiwa yang murni. Rahsia Allah di dalam hati. Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan. Jika disuluh dengan saksama. Nista dan puji tiada berbeza.
Inilah sebahagiaan sifat mahmudah. Yang patut ada pada diri kita. Susah dimiliki payah dijaga. Hanya yang punya. Yang bermujahadah. Hanya yang punya. Yang bermujahadah.
Redha sifat hati yang suci. Ujian yang tiba rasa gembira. Atau tiada apa terasa. Ker-na menerima anugerah Tuhannya. Ker-na menerima anugerah Tuhannya.
Sifat sabar sedikit berbeza. Ujian yang menimpa sakit dirasa. Tapi dapat ditahan perasaannya. Hanya bermain di dalam sahaja. Di luar tidak nampak terang nyata.
Inilah sebahagiaan sifat mahmudah. Yang patut ada pada diri kita. Susah dimiliki payah dijaga. Hanya yang punya. Yang bermujahadah. Hanya yang punya. Yang bermujahadah.