Jumaat, 22 September 2017

1 Muharram 1439 dan Darul Qur'an Ittifaqiyah 2017

Kuala Lumpur, 22/09/2017 - Saya, anak kedua dan anak ketiga telah sampai ke Darul Qur'an Ittifaqiyah (Bahagian Tahfiz al-Qur'an) di Nombor 75, Jalan Keramat Hujung, Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur pada jam 11:00 pagi. Isteri dan anak sulung kami tidak dapat menyertai kerana mereka ada urusan peperiksaan sekolah. Hari ini merupakan cuti umum sempena Tahun Baharu Hijrah iaitu 1 Muharram 1439.

Kami bertolak dari rumah di Kajang pada waktu pagi. Saya telah memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) serta melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Kemudian, saya memandu kereta di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2). Saya memandu keluar dari lebuhraya melalui Jalan Ampang, Jalan Jelatek, Jalan Datuk Keramat, Jalan Keramat Dalam dan masuk ke Jalan Keramat Hujung. Jarak perjalanan dari rumah ke sini ialah sejauh 26.5 kilometer sahaja.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lepas (14 September 2017), seramai dua puluh satu orang pelajar dan dua orang guru yang juga warden di pusat tahfiz Darul Qur'an Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran akibat terperangkap di asrama yang terletak di tingkat paling atas daripada bangunan tiga tingkat itu.

Saya dan anak-anak sempat bertemu dengan Pengetua pusat tahfiz berkenaan, Ustaz Mohd Zahid Mahmood al-Hafiz. Kami merupakan antara pengunjung yang hadir mengambil peluang ini untuk meninjau sekitar kawasan pusat tahfiz selain melihat permis dan struktur yang terbakar di tingkat tiga. Ramai yang hadir untuk menghulurkan sumbangan wang tunai dan barang-barang keperluan.

Minggu lepas, polis menahan tujuh remaja yang dipercayai terbabit dalam rancangan membakar dengan sengaja bangunan berkenaan. Penangkapan bermula dengan tertangkapnya seorang suspek yang imejnya diperoleh daripada Kamera/ Televisyen Litar Tertutup atau Closed Circuit Television (CCTV) dari bangunan Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang terletak bersebelahan pusat tahfiz.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam

Pengikut Saya

Madaris

Naib 2007 SMKBBSL.
Dhabit 2009 SKSS.
Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
Naib 2012 SJK(C)B.
Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
Rais 2017 SKLA (SMKTK).
Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).