Sabtu, 17 Mac 2018

Kem Aulad Hebat Mac 2018

Bandar Baru Bangi, 17/03/2018 - Saya dan isteri menghantar dua orang anak kami ke Masjid al-Hasanah. Anak sulung yang bersekolah menengah agama ada pulang dari asrama dan kami tinggalkan sekejap di rumah. Kami menghatar anak kedua dan anak ketiga ke Masjid al-Hasanah untuk pendaftaran dan menaiki bas ke Kem Lubok Manggis di Hulu Langat bagi menghadiri Kem Aulad Hebat selama 2 hari 1 malam (17 dan 18 Mac 2018). Hari ini juga merupakan hari pertama Cuti Pertengahan Penggal 1 sekolah-sekolah di Selangor.

'Akhlak Hebat, Amal Terpelihara' ialah motto Kem Aulad Hebat. Atur cara yang dirancang adalah seperti di bawah ini.

Sabtu, 17 Mac 2018 (Hari Pertama):
7:30 pagi : Pendaftaran di Masjid al-Hasanah.
8:00 pagi : Bertolak/ Sarapan Dalam Bas.
9:00 pagi : Tiba di Kem Lubok Manggis.
Taklimat.
10:30 pagi : Aktiviti 1 - Permainan Ukhuwwah. :two_men_holding_hands:
12:30 tengah hari : Rehat/ Makan Tengah Hari/ Solat Zohor.
2:00 petang : Aktiviti 2 - Cabaran Mandiri (berdiri sendiri).

4:00 petang : Aktiviti 3 - Masakan Rimba Si Cilik.:man:gg:
5:00 petang : Rehat/ Solat Asar/ Minum Petang.
6:30 petang : Kendiri.
7:00 malam : Makan Malam.
7:30 malam : Solat Maghrib.

al-Ma'tsurat.
Aktiviti 4 - Pengisian Maghrib.:man::boy::boy:
8:45 malam: Solat Isyak.
9:15 malam : Aktiviti 5 - Bulatan Muhasabah.:cupid:
11:00 malam : Supper (makan lewat malam).
11:30 malam : Kembara Mimpi.


Ahad, 18 Mac 2018 (Hari Kedua):
5:00 pagi : Bangun Qiyam.
5:15 pagi : Qiyamullail/ Aktiviti 6 - Pengisian Subuh.:man::boy::boy:
6:15 pagi : Solat Subuh / al-Ma'tsurat.
6:45 pagi : Kendiri/ Sarapan.
7:30 pagi : Aktiviti 7 - Lumba Berhalangan dan Tadabbur Alam.

9:30 pagi : Kendiri/ Sarapan 2.
10:15 pagi : Aktiviti 8 - Anak Hebat (Latihan Dalam Kumpulan).:memo:
12:00 tengah hari : Majlis Penutup.
1:00 petang : Makan Tengah Hari/ Solat Zohor.
2:30 petang : Bertolak dari Hulu Langat ke Bandar Baru Bangi.
3:30 petang : Tiba di Masjid al-Hasanah.


Program ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Hulu Langat di bawah Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) serta Kelab Anak-anak Hebat/ Nadi al-Azim (NAZIM) untuk anak-anak yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun. Yuran RM70.00 bagi seorang peserta yang telah menjadi ahli NAZIM dan RM80.00 bagi yang bukan ahli. Terhad kepada 40 orang peserta sahaja. Terima kasih diucapkan kepada pihak ISMA, BKM dan NAZIM kerana mengadakan program yang bermanfaat sempena cuti sekolah kali ini.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam

Pengikut Saya

Madaris

Naib 2007 SMKBBSL.
Dhabit 2009 SKSS.
Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
Naib 2012 SJK(C)B.
Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
Rais 2017 SKLA (SMKTK).
Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).