Ahad, 1 April 2018

Percutian ke Kuala Selangor 2018

Saya, isteri dan dua orang anak kami bercuti ke Kuala Selangor selama 2 hari 1 malam. Anak sulung kami yang bersekolah menengah agama dan tinggal di asrama tidak pulang minggu ini kerana minggu lepas dia baru berada bersama kami semasa Cuti Pertengahan Penggal 1 persekolahan (17 hingga 25 Mac 2018). Kami menginap di Bilik 2151, Sun Inns Hotel, Nombor 35-G, Jalan 2 KS Botanic, Taman Seri Penambang, Seksyen 3, Pekan Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Kadar sewannya ialah RM85.00 sahaja + RM15.00 (deposit). Kami bercuti di Kuala Selangor kali ini kerana dua orang anak kami dan rakan-rakanya menyertai Kejohanan Catur KUSESS (Kuala Selangor Science School) Peringkat Antarabangsa Kali Ke-6 pada 31 Mac dan 1 April 2018 di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Hari pertama untuk acara individu dan hari kedua untuk acara berpasukan.

Sabtu, 31 Mac 2018 (hari pertama). Saya, isteri, dua orang anak kami dan seorang anak murid sekolah isteri saya bertolak dari rumah kami di Kajang selepas solat Subuh ketika hujan lebat. Saya memandu Proton Exora melalui jalan-jalan raya, Lebuhraya Cheras-Kajang (E7), Lebuhraya Shamelin (E9) iaitu lebuh raya tambahan Besraya (Lebuhraya Sungai Besi), Lebuhraya Utara Selatan/ PLUS (E1) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (E25). Kami terus pergi ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Ketika anak-anak sedang bertanding permainan catur, saya mencari bilik hotel melalui internet. Saya membuat tempahan dan mendaftar masuk selepas jam 2:00 petang. Selepas tamat acara individu, saya membawa isteri dan dua orang anak kami ke hotel berkenaan. Kami bersiap diri, solat dan sebagainya. Kemudian, kami pergi makan malam di Puyuh Seafood Corner yang terletak berhampiran dengan stesen Petronas Kuala Selangor. Pulang ke hotel, berehat dan bermalam di sini.

Ahad, 1 April 2018 (hari kedua). Kami bangun tidur, solat dan bersiap diri. Sarapan pagi di dalam bilik hotel sahaja. Saya menghantar anak kedua ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor kerana dia terlibat dengan acara berpasukan. Setelah bertemu dengan ahli-ahli pasukannya, saya kembali ke hotel. Saya, isteri dan anak ketiga kami pergi ke Pasar Awam Pasir Penambang serta membeli beberapa jenis makanan laut yang belum dimasak. Ia adalah pepahat (siput buluh), telur ikan mayung, kerang saiz besar dan udang kering. Mentarang yang kami cari tiada dijual buat masa ini. Kami pergi juga berjalan-jalan berhampiran Assam Jawa dan selepas itu terus ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Guru-guru dan para ibu bapa pasukan catur kami ramai hadir memberi sokongan. Saya pulang ke bilik hotel, berehat dan mendaftar keluar pada jam 12:00 tengah hari. Kembali ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Makan, solat dan sebagainya di sini. Selepas tamat acara berpasukan dan majlis penutupan, kami bertolak pulang. Seorang guru (rakan isteri), tiga orang anaknya dan seorang anak murid sekolah isteri menumpang kenderaan kami. Saya memandu Proton Exora melalui jalan-jalan raya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (E25), Lebuhraya Utara Selatan/ PLUS (E1), Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (E37) dan  Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Kami seramai sembilan orang sempat berhenti di stesen Petron berhampiran Kawasan Rehat Restoran Jejantas Sungai Buloh (Lebuhraya Utara Selatan). Singgah solat di surau berkenaan, meneruskan perjalanan dan akhirnya kami selamat sampai ke Kajang pada malam ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.