Selasa, 26 Jun 2018

Kenderaan Berenjin Petrol dan Diesel

Enjin petrol ialah sejenis enjin pembakaran dalaman yang berfungsi berasaskan nyalaan bunga api dan direka khusus untuk menggunakan bahan api petrol atau bahan api mudah meruap yang serupa. Ia berbeza dengan enjin diesel mengenai cara udara dan bahan api dicampurkan serta kehadiran palam pencucuh. Di dalam enjin diesel, hanya udara dimampatkan manakala bahan api disuntik pada penghujung lejang mampatan.

Enjin diesel merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman yang beroperasi melalui kitar diesel. Ciri utama enjin diesel adalah penggunaan udara termampat untuk membakar bahan api yang disuntik ke dalam kebuk pembakaran semasa penghujung lejang mampatan (compression stroke). Ia bertentangan dengan enjin petrol kerana campuran udara dan bahan api dinyalakan oleh palam pencucuh.

Kenderaan yang menggunakan enjin diesel berbeza dengan enjin petrol. Di dalam enjin diesel, hanya udara dimampatkan manakala bahan api disuntik pada penghujung lejang mampatan. Di dalam enjin petrol pula, udara dan bahan api dicampurkan dahulu sebelum lejang mampatan. Proses campuran ini dilakukan oleh karburetor (alat tempat udara bercampur dengan wap minyak petrol untuk menjadi bahan peletup pada enjin kenderaan) atau suntikan bahan api elektronik. Campuran awal udara dan bahan api membolehkan enjin petrol beroperasi pada putaran enjin lebih tinggi daripada enjin diesel tetapi dengan nisbah mampatan dan kecekapan yang lebih terhad.

Diesel, selain nisbah mampatannya yang tinggi sehingga membolehkan pembakaran berlaku tanpa sistem penyalaan berasingan, nisbah mampatan yang tinggi juga meningkatkan kecekapan enjin. Pada enjin petrol pula, nisbah mampatan tidak boleh terlalu tinggi bagi mengelakkan kerosakan enjin akibat pra-nyalaan atau ketukan enjin (knocks).

Pada enjin diesel, udara dimampatkan dengan nisbah mampatan lazimnya di antara 15:1 - 22:1, meningkatkan suhu udara ke 532 darjah celcius. Pada suhu tersebut, udara di dalam kebuk pembakaran akan membakar campuran udara dan bahan api. Seterusnya bahan api yang disuntik ke dalam kebuk pembakaran akan terbakar dengan sendirinya, menghasilkan kuasa kepada enjin.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.