Ahad, 10 Jun 2018

Zakat Emas 25 Ramadhan 1439

Kajang, 10/06/2018 - Hari ini ialah hari Ahad, 10 Jun 2018 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1439. Saya telah membuat pembayaran Zakat Emas dengan menggunakan kad debit di kaunter Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor), No 13, Jalan Raja Haroun, Kajang kira-kira jam 9:30 pagi tadi. Ia dibuka tujuh hari seminggu sepanjang bulan Ramadhan ini (Isnin hingga Jumaat, mulai jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang serta Sabtu, Ahad dan cuti umum, mulai jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang).

Emas yang disimpan dalam apa-apa bentuk sekali pun adalah wajib dizakatkan apabila ia melebihi berat asas nisab iaitu 85 gram. Bagi mendapatkan nilai zakat, ambil semua emas yang disimpan dan timbang. Kemudian darabkan dengan harga emas semasa dan darabkan dengan 2.5 peratus.

Harga emas semasa bagi jenis emas 916 pada hari ini ialah RM161.58 per gram dan jenis emas 999 (995) ialah RM176.22 per gram. Jika anda menyimpan syiling emas sebanyak 4.25 gram dan jongkong emas sebanyak 125 gram selama setahun, nilai zakat yang anda wajib bayar pada hari ini ialah RM567.84 sahaja. Timbangan emas x harga semasa x 2.5% (4.25 gram x RM161.58 = [686.71] x 2.5% = RM17.16) + (125 gram x RM176.22 = [22,027.50] x 2.5% = RM550.68). Nilai zakat emas 916 + nilai zakat emas 999 (995) ialah (RM17.16 + RM550.68 = RM567.84).

Ramadhan 1438 hingga Ramadhan 1439, saya hanya menyimpan dan tidak membuat sebarang urusniaga jual beli emas. Ini bermakna telah cukup haul setahun saya membuat simpanan emas. Tiba masanya ia diwajibkan zakat.

Umat Islam yang hendak melibatkan diri dalam pelaburan emas mesti terlebih dahulu mengetahui urusniaga jual beli emas yang patuh syariah. Pilih perbankan Islam yang ada menawarkan akaun pelaburan emas atau syarikat yang mematuhi kehendak syariah dalam pelaburannya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.