Ahad, 22 Julai 2018

Hamil Pada Umur 40 Tahun

Jangan bimbang. Wanita yang berumur 40 tahun boleh mendapat bayi yang sihat walaupun mempunyai risiko dari segi kesihatan. Tubuh seorang wanita akan semakin tidak terdaya untuk kehamilan berbanding semasa berumur 20-an dan 30-an.

Wanita yang hamil pada umur 40-an mengalami risiko dua kali ganda berbanding dengan wanita yang berumur 20-an untuk mendapat kencing manis semasa hamil, tekanan darah tinggi serta kehadiran protein dalam air kencing (masalah pra-eklampsia), uri rendah (plasenta previa) dan uri terpisah dari dinding rahim (abruption plasenta).

Rezeki kurniaan Allah amat bermakna kepada wanita. Dikurniakan peluang hamil lagi pada umur 40-an merupakan rezeki yang tidak diduga oleh kebanyakan suami dan isteri, apatah lagi jika anak-anak sebelum ini semuanya sudah besar belaka.

Jangan resah jika seorang wanita itu hamil pada umur 40 tahun. Kalau dia menjangkakan komplikasi, ini sendiri akan menyebabkan komplikasi. Jika dia dan doktor menjangkakan sesuatu yang buruk, dia akan rasa tertekan. Stres seterusnya akan merosakkan keseimbangan hormon dan bahan kimia semula jadi dalam bayi.

Yakinlah bahawa walaupun ada risiko, kemungkinan bagi seorang ibu yang sudah berumur untuk melahirkan bayi yang sihat biasanya sama sahaja dengan ibu-ibu yang lebih muda. Risiko mengalami masalah serius sebenarnya sangat rendah bagi kesemua kumpulan umur.

Kini dengan teknologi perubatan moden dan terkini, ramai wanita yang telah berjaya melalui fasa kehamilan pada lewat usia serta selamat melahirkan anak yang sihat dan sempurna.

Apa yang penting, ibu mestilah menjalani pemeriksaan kehamilan yang lebih kerap di bawah pantauan doktor supaya sebarang masalah dapat dipantau dan diberikan rawatan yang sewajarnya sepanjang kehamilan dan semasa proses melahirkan bayi kelak.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.