Serdang, 01/12/2018 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) atau "Malaysia Agro Exposition Park Serdang" pagi tadi.
Kenderaan yang saya pandu melalui pintu gerbang MAEPS pada jam 7:50 pagi. Kami datang awal kerana tidak mahu menempuh kesesakan lalu lintas. Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) atau "Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show" Peringkat Antarabangsa 2018 sedang diadakan di MAEPS, Selangor pada 22 November 2018 hingga 2 Disember 2018. Ia bermula dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Makanan Kita Masa Depan Kita (Our Food Our Future).
Saya meletakkan kenderaan di tempat parkir A melalui Pintu 1 di belakang Dewan D. Kami masuk ke Dewan D dan minum-minum di Empayar Makanan (Hall DG, Ground Floor). Kemudian naik ke tingkat atas Dewan D dan keluar melalui jalan-jalan berhampiran dewan-dewan yang lain. Kami berjalan kaki melalui Castle of Fruit untuk ke Laman Tiba 1 dan berbaris menunggu bas. Naik bas ke Laman Tiba 2 dan naik trem ke Laman Ternakan (DVS Agro Lifestock Valley). Melihat pelbagai spesies haiwan ternakan di situ. Juga ke Laman Teknologi Mekanisasi dan Automasi yang terletak bersebelahan. Pelbagai barang dapat dibeli.
Kami kembali menaiki trem melalui Laman Nanas dan Laman Padi. Turun di Laman Perikanan. Melihat pelbagai jenis ikan. Kami tidak melalui Laman Herba dan Sayur kerana dari Laman Perikanan terus berjalan kaki ke Pavilion Negeri. Kemudian berjalan kaki ke Warung Digital (Mak Cun) dan cuma melihat Lola and Baba dari jauh. Terus berjalan kaki, menaiki tangga dan kami pergi ke dua buah dewan yang terletaknya Agro Trade. Selepas itu melalui Dewan B dan masuk ke Dewan A serta Dewan C. Pengunjung semakin ramai yang datang. Sempat juga kami membeli barang-barang.
Keluar dari Dewan C dan kami kembali berada di Dewan D. Oleh kerana pengunjung terlalu ramai di Empayar Makanan dan tiada meja kosong untuk makan serta minum, saya membeli makanan dan mahu makan di rumah sahaja. Kami turun ke jalan belakang Dewan D dan mendapatkan kenderaan di tempat parkir. Azan Zohor sedang berkumandang pada jam 1:05 petang ketika kami bergerak meninggalkan parkir A melalui Pintu 1. Keluar ke jalan besar selepas membayar RM5.00 menggunakan Touch 'n Go. Jarak perjalanan pulang kami dari MAEPS ke rumah di Kajang ialah sejauh kira-kira 18 kilometer sahaja.
Sabtu, 1 Disember 2018
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar