Genting Highlands, 09/12/2018 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah berada di kawasan tanah tinggi ini dari petang hingga ke malam. Kami berlima singgah ke sini ketika dalam perjalanan dari Kuala Lipis (Pahang) ke Kajang (Selangor). 5 hari 4 malam berada di Kuala Lipis sempena cuti persekolahan akhir tahun. Kami pernah beberapa kali pergi ke Genting Highlands sebelum ini.
Saya memandu Proton Exora dari Hentian Rawat dan Rehat Genting Sempah selepas selesai makan tengah hari. Kami menuju ke Genting Highlands. Kenderaan diletakkan di perkarangan Masjid Yayasan Mohamed Noah, Sri Layang, Genting Highlands. Kami singgah solat di masjid ini.
Kami berjalan kaki ke Genting Highlands Premium Outlets yang terletak kira-kira 250 meter sahaja dari kawasan Masjid Yayasan Mohamed Noah. Di Stesen Awana Skyway, saya membeli tiket pergi dan balik untuk kami berlima (RM70.00). Kami menaiki Kereta Kabel Awana Skyway ke Stesen SkyAvenue untuk jarak perjalanan sejauh 2.8 kilometer dalam masa 10 minit. Kami berada di Resort World Genting dan singgah ke beberapa tempat permainan (Skytropolis Funland), tempat-tempat makan dan lain-lain lagi.
Kembali menaiki kereta kabel di Stesen SkyAvenue yang terletak di tingkat 4. Suasana ketika ini sudah malam dan hujan sedang turun. Kami sampai ke Stesen Awana Skyway dan turun ke Genting Highlands Premium Outlets. Hujan semakin lebat ketika kami berjalan kaki ke Masjid Yayasan Mohamed Noah. Singgah solat dan bergerak pulang menuruni tanah tinggi. Saya memandu kenderaan dengan berhati-hati dalam suasana malam dan keadaan hujan yang masih turun.
Saya meneruskan pemanduan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) untuk pulang ke rumah di Kajang. Kesesakan berlaku di lebuh raya sehingga ke Plaza Tol Gombak. Insya-Allah, kami akan sampai juga ke destinasi malam ini walaupun menempuh kesesakan lalu lintas.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar