Selasa, 18 Disember 2018

Percutian ke Negara Thailand 2018

Saya, isteri, tiga orang anak kami, emak mentua, sebahagian keluarga adik-beradik di sebelah isteri saya dan peserta-peserta rombongan bercuti ke selatan Thailand selama 3 hari 2 malam. Malam pertama kami menginap di The House (hotel) dan malam kedua pula kami menginap di Merlin Grand Hotel. Kami berpindah hotel kerana banyak hotel dipenuhi oleh rakyat Malaysia yang bercuti di Thailand sempena Cuti Akhir Tahun Persekolahan bagi tahun 2018.

Kami seramai 37 orang peserta rombongan termasuk dua orang pemandu bas pergi bercuti ke Thailand dengan menaiki sebuah bas bernombor plat GIM 5923 (nombor pendaftaran pada kenderaan bermotor). Sampai di Thailand, seorang pemandu pelancong dari sana yang bernama Maryam naik bas bersama kami. Ukwa Travelink and Tours Sdn Bhd merupakan agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan ini. RM450.00 x 3 (saya, isteri dan anak). RM420.00 x 2 (dua orang anak).

Meninggalkan rumah (Jumaat, 14 Disember 2018). Kira-kira jam 4:05 petang, saya, isteri dan tiga orang anak kami telah bertolak dari rumah di Kajang. Berkumpul di Seremban 2 dan kemudian berkumpul di Mambau. Kami dan peserta rombongan menaiki bas dari sini. Bas bergerak pada jam 9:55 malam. Beberapa orang lagi peserta rombongan menaiki bas kami di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Bas meneruskan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan.

Sabtu, 15 Disember 2018 (hari pertama). Kami berhenti sekejap-sekejap di beberapa buah tempat di sepanjang lebuh raya ketika singgah ke tandas. Kemudian berhenti makan, minum dan solat Subuh di Kawasan Rehat Gurun (Kedah). Di Changlun, berhenti untuk urusan melalui sempadan dua buah negara. Ringgit Malaysia (100.00) bersamaan dengan Bath Thailand (770.00). Kami sampai di Imigresen Bukit Kayu Hitam (Malaysia). Jam 1:00 petang (waktu Malaysia), bas kami merentasi sempadan Malaysia - Thailand. Perbezaan waktu Malaysia dan Thailand ialah 1 jam (Malaysia mendahului Thailand selama 1 jam). Contohnya, jam 1:00 petang di Malaysia bersamaan dengan jam 12:00 tengah hari di Thailand. Sampai di Imigresen Sadao (Thailand). Jam 1:30 petang (waktu Thailand), bas bergerak menuju ke lokasi yang seterusnya. Di Hat Yai, kami berhenti makan di Tamrab Muslim Restaurant, lawatan ke Big Bee Garden dan mendaftar masuk ke hotel (The House). Saya bersama dua orang anak di bilik 803 dan isteri bersama seorang anak di bilik 804. Selepas solat dan berkemas diri, keluar makan malam di The Halal Premium Restaurant. Kemudian, sebahagian daripada kami ke pasar malam di sepanjang jalan berhampiran Lee Garden Plaza Hotel. Kami menaiki tut-tut (pengangkutan awam di Thailand) untuk pulang ke The House. THB20.00 bagi setiap seorang penumpang.

Ahad, 16 Disember 2018 (hari kedua). Kami mendaftar keluar dari hotel dan bersarapan pagi di The Halal Premium Restaurant. Singgah sekejap membeli madu lebah di Big Bee Garden. Lawatan seterusnya ke pasar gajus (kacang) dan pergi ke tempat gajah (elephant station) di Chang Puak Champ, Hat Yai. Makan tengah hari di Sami Kitchen Restaurant dan solat di Masjid Jamek Wilayah Songkhla (The Central Mosque of Songkhla). Kemudian ke persisiran pantai di Songkhla yang terdapat patung seekor naga terpotong tiga bahagian (ekor, badan dan kepala). Berhenti sebentar di bahagian kepala (The Great Serpent Nag) sebelum berhenti lama sikit di Pantai Samila. Kami kembali ke Hat Yai dan pergi ke Klonghae Floating Market (pasar terapung). Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual di dalam sampan yang terapung. Makan, minum dan membeli-belah di sini sehingga hampir waktu Maghrib. Kami mendaftar masuk ke Merlin Grand Hotel di Hat Yai. Isteri saya bersama seorang anak di bilik 514 dan saya bersama dua orang anak di bilik 515. Selepas solat dan berkemas diri, kami berehat sahaja di bilik hotel.

Isnin, 17 Disember 2018 (hari ketiga). Kami bersarapan pagi di tempat makan di dalam hotel dan mendaftar keluar. Bas membawa kami ke Kaysorn Souvenir untuk membeli-belah. Kemudian terus ke sempadan dua buah negara (Sadao Departure Boundary Post). Kami sampai di Imigresen Sadao (Thailand). Jam 10:10 pagi (waktu Thailand) atau 11:10 (waktu Malaysia), bas kami merentasi sempadan Thailand - Malaysia. Kami sampai di Imigresen Bukit Kayu Hitam (Malaysia). Pada pendapat saya, lebih baik menggunakan Kad SIM Prabayar luar negara ketika bercuti sebab jika tersalah Perayauan (Roaming), habis duit prabayar telefon pintar untuk penggunaan internet. Bas meneruskan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan. 12:40 pm - 2:00 pm, makan tengah hari dan solat di Kawasan Rehat Gurun (Kedah). 2:50 pm - 3:35 pm, membeli-belah di kedai Jeruk Madu Pak Ali (Pulau Pinang). 6:00 pm - 6:25 pm, singgah ke tandas di Kawasan Rehat Tapah (Perak), 7:05 pm - 8:20 pm, solat dan makan malam di Kawasan Rehat Ulu Bernam (Perak). 9:25 pm - 9:30 pm, beberapa orang peserta rombongan turun di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. 9:50 pm - 10:10 pm, singgah ke tandas Shell di Kawasan Rehat USJ (Selangor) di Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE). 10:55 pm, sampai ke Mambau (Negeri Sembilan) dan pindahkan barang-barang ke kenderaan sendiri. 11:10 pm, saya memandu kenderaan membawa isteri dan tiga orang anak kami pulang ke rumah melalui Lebuhraya Utara-Selatan serta Lebuhraya Kajang SILK.

Kembali ke rumah (Selasa, 18 Disember 2018). Kira-kira jam 12:05 tengah malam, kami berlima telah selamat sampai ke rumah di Kajang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.