Cheras, 26/04/2019 - Tajuk tazkirah pagi Jumaat tadi ialah Allah Yang Mencipta Alam Semesta. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Jeehan di dataran perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.
Allah S.W.T. telah berfirman (Ustaz Jeehan membaca beberapa potong ayat al-Qur'an): Maksudnya: Dengan
menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi matahari dan
cahanya di pagi hari. Demi bulan apabila mengiringinya. Demi siang apabila
menampakkannya. Demi malam apabila menutupinya (gelap-gelita). Demi langit
serta pembinaannya (yang menakjubkan). Demi bumi serta penghamparannya. Demi jiwa
serta penyempurnaan (ciptaan)nya. (Surah asy-Syams: Ayat 1 hingga 7).
ASY-SYAMS
(MATAHARI). Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Pada
kebiasaannya di waktu pagi iaitu waktu dhuha, pancaran cahaya matahari
sangatlah sederhana dan jelas. Kita dapat mengamati matahari tanpa menyakitkan
pandangan mata. Inilah waktu yang Allah maksudkan. Tidak seperti di waktu
tengah hari atau petang kerana kebiasaannya pancaran matahari sangat terik. Ia
boleh merosakkan retina mata apabila merenungnya terlalu lama. Masuknya waktu
dhuha adalah lebih kurang 28 minit selepas waktu syuruk.
AL-QAMAR
(BULAN). Demi bulan apabila ia mengiringi. Apabila
matahari menghilangkan diri di ufuk barat, maka akan muncullah pula bulan
menerangi bumi dengan sinarannya. Dalam fenomena keajaiban ciptaan Allah ini,
kita akan dapat melihat tiga kejadian yang paling dekat sekali setiap bulan
iaitu kejadian anak bulan, keadaan bulan di tengah bulan dan kejadian bulan
purnama. Kejadian ini bukan berlaku secara semula jadi tetapi dengan kekuasaan Allah.
Orang-orang Islam yang mengkaji sains mestilah merujuk kepada ilmu al-Qur’an.
AN-NAHAR (SIANG). Demi siang hari bila menampakkan dirinya. Ayat ini
berbentuk bahasa kiasan. Siang hari itu diumpamakan seperti selimut. Apabila
kita menyelak selimut, ia akan menampakkan benda yang tersembunyi di sebaliknya.
AL-LAIL (MALAM). Demi malam apabila ia menutupi. Apabila sahaja
matahari tenggelam di ufuk barat, maka timbullah waktu malam. Ia seolah-olah
malam yang menutup matahari.
AS-SAMA’ (LANGIT). Demi langit berserta seluruh binaannya. Betapa besar dan
luasnya binaan langit tetapi yang ajaibnya tiada satu tiang pun digunakan untuk
menongkah strukturnya. Tidak seperti ciptaan manusia yang terpaksa menggunakan
tiang untuk memegang struktur dan menahan beban bangunan.
AL-ARDH (BUMI). Demi bumi serta yang ada di hamparannya. Betapa
cantiknya keadaan muka bumi dengan dihiasi tasik, sungai, gunung-ganang, bukit bukau,
hutan belantara, penempatan haiwan dan manusia. Sungguh indah ciptaan Allah
seperti yang diceritakan di dalam al-Qur’an. Bumi berbentuk sfera kerana pada
satu masa, sebahagian bumi siang, sementara sebahagian lagi malam.
NAFS (JIWA). Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya. Mengikut
pandangan para ulama’, ayat-ayat sumpahan ini diturunkan Allah demi menunjukkan
tentang hasil ciptaan Allah yang dapat diperlihatkan secara zahir kepada
manusia. Manusia dapat hidup dalam pelbagai keadaan cuaca. Bayangkan keadaan
yang tersangat sejuk atau terlalu panas suhunya masih dapat dijadikan habitat
manusia. Apatah lagi bila manusia berada di lembah yang subur dan dikelilingi dengan
pelbagai kemudahan. Itulah keistimewaan alam ciptaan Allah. Ucapkanlah
Subhanallah (Maha Suci Allah).
Ustaz Jeehan menyanyikan beberapa baris nasyid yang
bertajuk Demi Matahari. Nasyid asal daripada kumpulan Snada.
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia mengiringi. Demi siang hari bila menampakkan dirinya. Demi malam apabila ia menutupi.
Demi langit berserta seluruh binaannya. Demi bumi serta yang ada di hamparannya. Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.
Allah, Subhanallah… Allah, Subhanallah...
Allah, Subhanallah… Allah, Subhanallah...
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar