Rabu, 1 Mei 2019

Dakwah Santai Bersama Kumpulan Nasyid d'Muallim 2019

Kajang, 01/05/2019 - Saya telah menjadi pengacara majlis pada malam ini untuk Dakwah Santai Bersama Kumpulan Nasyid d'Muallim sempena majlis pelancaran program Ihya' Ramadhan 1440 di Surau Raudhatul Firdaus (SRF), Impian Murni, Saujana Impian. Saya juga yang telah menguruskan kehadiran mereka ke sini sejak perbincangan dari bulan lepas (Ahad, 7 April 2019).

Atur Cara Majlis. 7:00 malam - Ketibaan para tetamu. 7:30 malam - Solat Maghrib. 8:00 malam - Ucapan pembuka bicara oleh saya (Ustaz Jeehan) sebagai pengacara majlis. 8:05 malam - Ucapan pengerusi SRF. Saya sempat menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Rahmat Ramadhan (Bulan Ramadhan Qur'an diturunkan. Untuk panduan hidup manusia. Di dalamnya ada Lailatul Qadar. Kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan). Nasyid asal daripada kumpulan Hijjaz. 8:15 malam - Perasmian serta pelancaran program Ihya' Ramadhan, tazkirah dan persembahan nasyid oleh kumpulan d’Muallim. Ucapan penutup majlis oleh saya. 9:15 malam - Solat Isyak. 9:30 malam - Jamuan, jualan buku dan bersurai.

d'Muallim merupakan sebuah kumpulan nasyid dakwah dianggotai oleh guru-guru di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang bernaung secara rasminya di bawah Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Mereka ialah Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru-guru Bahasa Arab di sekolah menengah serta sekolah rendah. Mereka menggunakan konsep didik hibur dan ia bersesuaian dengan program di SRF pada malam ini iaitu Dakwah Santai Bersama Kumpulan Nasyid d'Muallim sempena majlis pelancaran program Ihya' Ramadhan 1440. Anggota kumpulan d'Muallim yang hadir pada malam ini ialah Ustaz Wan Hazaruddin bin Wan Hassan dan Ustaz Wan Taqiuddin bin Wan Hussin.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.