Jumaat, 30 Ogos 2019

Kalau Kita Mencintai Allah, Ikuti Tututan Rasulullah

Cheras, 30/08/2019 - Tajuk tazkirah pagi Jumaat tadi ialah Kalau Kita Mencintai Allah, Ikuti Tututan Rasulullah. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Jeehan di dataran perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.

Allah S.W.T. telah berfirman (Ustaz Jeehan membaca sepotong ayat al-Qur'an): Maksudnya: Katakanlah, jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran: Ayat 31).

Ayat ini menjelaskan berkenaan cinta kepada Allah mestilah menjadi tahap cinta yang paling tinggi di hati orang-orang yang beriman.

Allah akan mengasihi kita jika mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dalam tuntutan mencintai Allah, al-Qur'an, keluarga dan lain-lain.

Ustaz Jeehan menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Cinta Sayang Allah Dan Rasul (tajuk diberi sendiri). Lagu asal daripada Allaycats (Andainya Aku Pergi Dulu) yang ditukar lirik.

Andainya kita masih cinta pada Allah.
Janganlah abai perintah-Nya.
Andainya kita masih sayang pada Rasul.
Janganlah tinggalkan sunnahnya.

Banyakkanlah amalan-amalan kita.
Untuk jadi insan yang berguna.
Moga dapat keampunan-Nya.
Syurga menunggu di sana.

Di Tanah Suci-Mu kutadah tangan berdoa.
Menghadap kiblat-Mu yang satu.
Berderaian air mata jatuh ke pipiku.
Teringatkan dosa yang lalu.

Di sini kuberjanji disaksikan Allah.
Ya Allah ampunilah aku.
Terimalah amalanku.
Ya Allah Ya Tuhanku.

Andainya kita ingin dapat petunjuk-Nya.
Dekatkanlah diri dengan-Nya.
Andainya kita ingin dapat syafaatnya.
Berselawatlah setiap masa.

Insya-Allah akan meredhakannya.
Jika ikhlas di hati kita.
Itulah yang sebaik-baiknya.
Ingatlah kepada Allah.

Allah.....

Jumaat, 16 Ogos 2019

Original Teppanyaki Restaurant, Bangi Avenue

Bangi, 16/08/2019 - Saya, isteri dan empat orang anak kami telah pergi ke Original Teppanyaki Restaurant yang terletak di No 11-G, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor. Kami bergerak dari rumah selepas solat Jumaat di Surau Raudhatul Firdaus. Saya memandu Proton Exora. Jarak perjalanan dari rumah ke restoran ialah kira-kira 21 kilometer sahaja. Ia dibuka setiap hari dari jam 11:00 pagi hingga 10:00 malam. Menurut Chef Hisyam Yussuf Mansor, restoran makanan Jepun ini telah beroperasi sejak 10 bulan yang lalu.

Saya memandu kenderaan merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian, Jalan Sungai Kantan, Jalan Cheras, Jalan Reko, Jalan Bangi dan masuk ke Persiaran Bangi Avenue. Akhirnya, kami sekeluarga sampai ke Original Teppanyaki Restaurant, Bangi Avenue. Kami berada di meja nombor 7.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan Teppanyaki Prawn Set (RM18.90), Beef Fried Rice (RM10.90), Garlic Fried Rice (RM7.90), Squid (RM11.90) dan Chicken (RM10.90). Kami minum Green Tea (RM2.50), Orange Juice (RM4.90) dan Mango Juice (3 x RM4.90). Saya telah membayar sebanyak RM82.60 untuk harga makanan dan minuman serta 5% caj perkhidmatan (Sevice Charge) sebanyak RM4.15 menjadikan ia sebanyak RM86.75 bagi jumlah keseluruhan yang perlu dibayar (Kad Debit VISA).

Teppanyaki (panggangan kuali besi) adalah salah satu cara memasak makanan Jepun di atas kuali besi yang rata (teppan). Selain itu, teppanyaki boleh juga bermaksud kedai makanan Jepun yang menyediakan tempat duduk dengan meja berbentuk kaunter, sedangkan kuali besi digunakan tukang masak untuk memasak makanan.

Kami tidak duduk di tempat duduk dengan meja berbentuk kaunter berhampiran dengan dapur tetapi duduk di tempat yang lain kerana ada membawa anak kecil. Ia berkonsepkan dapur terbuka dan pengunjung boleh menyaksikan sendiri chef beraksi bagi menyediakan hidangan.

Jumaat, 2 Ogos 2019

Adab Memberi Salam

Cheras, 02/08/2019 - Tajuk tazkirah pagi Jumaat tadi ialah Adab Memberi Salam. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Jeehan di dataran perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.

Rasulullah s.a.w. bersabda (Ustaz Jeehan membaca matan Hadis): Maksudnya: Diucapkan salam daripada orang yang menunggang ke atas orang yang berjalan, orang yang berjalan ke atas orang yang duduk dan orang yang sedikit ke atas orang yang ramai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis sahih ini menunjukkan berkenaan hikmah kepada siapa yang perlu untuk memulakan salam. Ini kerana memberi salam merupakan satu tuntutan di dalam agama Islam. Ia akan mengeratkan lagi pertalian kasih dan sayang sesama Islam.

Ketahuilah bahawa memulakan salam adalah sunnah dan menjawabnya adalah wajib. Ucapan salam yang ringkas ialah Assalamualaikum dan jawapan salam yang pendek ialah Waalaikumussalam. Kita sebagai umat Islam perlulah menjaga sunnah ini kerana ia amat dituntut di dalam agama. Semoga Allah memberi kita rahmat-Nya.

Ustaz Jeehan menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Lafaz Salam. Nasyid asal daripada kumpulan Hijjaz feat Jeff A to Z.

Awal kalam ucap Assalamualaikum.
Sambut salam dengan Waalaikumussalam
Tanda berukhwah bersaudara.
Moga dikurniakan rahmat-Nya.

Tidak akan putus di jarak menjauhkan.
Tidak akan lerai dek waktu memisahkan.
Kasih yang terbina sekian lama.
Kembali mewangi dalam jiwa.  

Khamis, 1 Ogos 2019

Sambal Hitam Pahang "Tok Beh"

Qimie Shura Enterprise (002386863-V) ialah pengeluar Sambal Hitam Pahang "Tok Beh". Resepi asli dari Kuala Lipis, Pahang. "Sekali Rasa, Terpikat Selamanya".

Ramuannya ialah belimbing buluh, ikan bilis, cili api, bawang, gula dan minyak masak. Sedia untuk dimakan dengan apa sahaja.

Berat sambal hitam keluaran Muslim ini ialah 80 gram dan masih dijual dengan harga RM10.00 sebotol pada hari Khamis, 1 Ogos 2019.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.