Cheras, 27/09/2019 - Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) telah mengadakan Program Awal Muharram tahun ini di dewan sekolah. Hari ini ialah hari Jumaat, 27 September 2019 bersamaan dengan 27 Muharram 1441. Saya telah menyampaikan ceramah Ma'al Hijrah pagi tadi di SKTP. Tema sambutan Ma'al Hijrah 1441 ialah 'Negara Rahmah Ummah Sejahtera'. Ia juga merupakan tema sambutan di peringkat kebangsaan.
Semua murid Pendidikan Islam Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 yang hadir ke sekolah terlibat dengan program pagi tadi. Saya menyampaikan ceramah menggunakan bahan-bahan yang disediakan sendiri. Saya menggunakan komputer riba persendirian yang disambungkan kepada projektor sekolah dan dipancarkan ke skrin besar. Nasyid Ma'al Hijrah dinyanyikan bersama-sama dengan paparan video dan audio. Gambar peta penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ditunjukkan kepada murid-murid.
Muharram merupakan bulan pertama dalam Islam dan saya menerangkan maksudnya. Hijrah mestilah kerana Allah seperti yang dibuktikan di dalam Surah an-Nisak: Ayat 100 dan Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi setiap seorang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa adalah hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa hijrahnya kerana dunia yang dia akan memperolehinya atau perempuan yang dia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya itu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Saya juga memaparkan kepada murid-murid berkenaan wajah-wajah orang yang telah berhijrah daripada perkara yang kurang baik kepada perkara yang lebih baik. TV al-Hijrah juga merupakan contoh TV Islam terbaik setakat ini.
Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Kota Mekah ke Kota Madinah juga saya paparkan dalam bentuk video-video kartun atau animasi supaya murid-murid lebih faham. Video sedutan daripada filem turut dipaparkan mengenai sambutan yang meriah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. apabila tiba di Madinah. Banyak video berkenaan peristiwa hijrah saya pertontonkan untuk ceramah pada kali ini.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar