Isnin, 25 November 2019

Kem Huffaz Cilik 2019

Bandar Baru Bangi, 25/11/2019 - Hari ini merupakan hari ketiga iaitu hari terakhir dua orang anak saya berada di Kem Huffaz Cilik 2019 tanpa bermalam. Hari pertama kem ialah pada hari Sabtu, 23 November 2019, saya menghantar anak kedua dan anak ketiga ke kem ini yang diadakan di Kompleks Pendidikan Islam Bangi, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi sempena Cuti Akhir Tahun Persekolahan bagi tahun 2019. Saya juga menghantar mereka berdua pada hari Ahad dan Isnin kerana ia merupakan kem tanpa bermalam.

Anak-anak yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun dikehendaki menghafaz surah-surah di dalam al-Qur’an sebagai motivasi kepada mereka untuk menghafaz. Huffaz Cilik bermaksud para penghafaz kecil. Mereka berada di kem ini selama 3 hari tanpa bermalam selepas sesi pendaftaran pada pagi Sabtu. Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Saya, isteri, anak sulung dan anak keempat kami yang datang dari Kajang telah menyertai slot khas Seminar Keluarga Mukmin 2019 yang diadakan pada hari kedua (Ahad) dan peserta-peserta Kem Huffaz Cilik menyertai rombongan serta lawatan ke Petrosains pada hari terakhir (Isnin). Hari kedua, kami enam beranak sempat singgah solat Maghrib di Masjid al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. 

Program ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Bangi di bawah Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) serta Kelab Anak-anak Hebat/ Nadi al-Azim (NAZIM) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (BANGIKU) dan Kompleks Pendidikan Islam Bangi, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Tahniah diucapkan kepada pihak ISMA, BKM, NAZIM, BANGIKU dan Kompleks Pendidikan Islam Bangi kerana mengadakan program yang bermanfaat sempena cuti sekolah kali ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.