Kira-kira jam 9:10 pagi, kami berenam bertolak dari rumah emak saya di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Sungai Ular (SU), Kuala Lipis, Pahang. Saya memandu Proton Exora sejauh 95 kilometer dan kami berhenti di Kawasan Bergambar milik Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), kira-kira jam 10:40 pagi. Ia terletak selepas Habu iaitu lebih kurang 5 kilometer dari Ringlet. Kami kembali menaiki kenderaan dan berhenti pula di Cameron Valley (Bharat Group), Tea House, Tea Shop 1 (TS1), kira-kira jam 11:05 pagi. Ia terletak sejauh 98 kilometer dari RTP SU iaitu 3 kilometer dari Kawasan Bergambar milik MDCH. Selepas makan dan minum di TS1, kami berjalan kaki turun ke Cameron Valley Tea dan melawat ladang teh.
Kami kembali menaiki kenderaan melalui Tanah Rata dan terus ke Brinchang. Kira-kira 2 kilometer sebelum sampai ke Brinchang, berlaku kesesakan lalu lintas. Di Brinchang, kami cuma singgah mengisi petrol di stesen Petronas dan kembali ke Tanah Rata.
Di Tanah Rata, kami pergi ke Masjid Abu Bakar dan singgah solat. Makan dan minum di Restoran TAC (Taman Apple Cameron), bersiar-siar di kawasan sekitarnya, singgah berjumpa dengan anak perempuan kepada jiran di belakang rumah emak saya yang bekerja di Taska Genius serta membeli pelbagai jenis barang ketika dalam perjalanan pulang.

Jam 5:40 petang, kami bergerak pulang meninggalkan Cameron Highlands dari kedai terakhir (di sebelah kiri jalan) yang terletak di antara TS1 (di sebelah kanan jalan) dan Kawasan Bergambar milik MDCH (di sebelah kanan jalan).