Rabu, 6 Mei 2020

PKP Bersyarat Di Dalam PKP Fasa 4 Mulai Mei 2020

Kajang, 06/05/2020 - Saya sampai ke tempat letak kereta di sebuah pasar raya besar pada jam 7:40 pagi dan bergerak semula dari tempat letak kereta tersebut pada jam 9:40 pagi. Semasa membeli-belah tadi, pilih barang yang hendak dibeli, imbas sendiri harga barang dengan telefon pintar dan bayar harga barang-barang di kaunter tanpa mengeluarkannya dari troli.

Ketika ini, "Movement Control Order" atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 masih berkuatkuasa dan ia belum tamat bagi mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan mulai 4 Mei 2020 di dalam PKP Fasa 4 yang telah bermula pada 29 April 2020. Ia lanjutan daripada PKP Fasa 1 (18 Mac hingga 31 Mac 2020), PKP Fasa 2 (1 April hingga 14 April 2020), PKP Fasa 3 (15 April hingga 28 April 2020) dan PKP Fasa 4 (29 April hingga 12 Mei 2020). PKPB mula dilaksanakan ketika PKP Fasa 4 belum tamat. Aktiviti pembelajaran anak-anak serta pengajaran di sekolah saya dan isteri, kami teruskan di rumah kerana masih bercuti PKP dan PKPB. Hari ini ialah PKP hari ke-50 (Rabu, 13 Ramadhan 1441).

PKP dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Kelonggaran yang diberi melalui PKPB bukan bermaksud Malaysia sudah bebas daripada wabak Covid-19 atau rakyat bebas bergerak ke mana sahaja. PKPB ini dilaksanakan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, maka jika ia tidak dipatuhi pasti akan menimbulkan masalah lebih rumit kepada kita. Terpulang kepada diri sendiri untuk terus bentengkan diri kepada penyakit ini atau terus-terusan mengamalkan sikap tidak endah.

PKPB sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berhati-hati, Mulai 4 Mei 2020, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial telah dibenarkan beroperasi. Rakyat boleh bersukan dengan syarat mengelakkan sentuhan seperti badminton dan aktiviti yang tidak melebihi sepuluh orang dengan mengamalkan penjarakan sosial. Semua jenis perhimpunan seperti rumah terbuka, majlis berbuka puasa dan solat Jumaat masih tidak dibenarkan lagi setakat ini. Perjalanan merentas sempadan negeri tidak dibenarkan termasuk balik ke kampung untuk berhari raya. Restoran dibenarkan beroperasi dengan mengikut Prosedur Operasi Standard atau SOP (Standard Operating Procedures) penjarakan sosial. Pelanggan diambil suhu badan dan maklumat pelanggan dicatat. Peniaga dan pekerja mesti memakai penutup mulut dan hidung. Majikan dipohon memberi kebenaran bekerja dari rumah adalah digalakkan supaya anak tidak dihantar ke pusat jagaan. Penjawat awam juga telah mula bertugas pada 4 Mei 2020. Ketua Jabatan diminta menyusun jadual supaya pekerja boleh bekerja dari rumah. Elakkan berkumpul beramai-ramai di kejiranan. Jika ada kes, cepat-cepat laporkan kepada pihak berkaitan. Aplikasi MySejahtera diwujudkan untuk melaporkan kes. Pekerja mesti mematuhi akta-akta yang sedang berkuatkuasa.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga masih berkuatkuasa ketika PKP di beberapa kawasan yang terlibat. Cuma pelaksanaannya lebih ketat bebanding PKP kerana PKPD melibatkan semua orang tidak dibenarkan keluar sebab semua laluan keluar masuk ditutup. Bekalan asas dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.