Kajang, 20/05/2020 - Hari ini ialah hari Rabu, 20 Mei 2020 bersamaan dengan 27 Ramadhan 1441. Saya telah membuat pembayaran Zakat Emas dengan menggunakan FPX (Financial Process Exchange) di laman web Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor).Ia merupakan satu kaedah pembayaran "online" terkini di Malaysia yang diuruskan oleh MEPS (Malaysian Electronic Payment System) Sdn Bhd. Ia adalah satu platform transaksi kewangan secara "online" yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet. Tahun 2020 Masihi (1441 Hijrah), saya memilih cara pembayaran secara dalam talian kerana seluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020. Hari ini ialah PKP hari ke-64.
Emas yang disimpan dalam apa-apa bentuk sekali pun adalah wajib dizakatkan apabila ia melebihi berat asas nisab iaitu 85 gram. Bagi mendapatkan nilai zakat, ambil semua emas yang disimpan dan timbang. Kemudian darabkan dengan harga emas semasa dan darabkan dengan 2.5 peratus.
Harga emas semasa bagi jenis emas 916 pada hari ini ialah RM235.92 per gram dan jenis emas 999 (995) ialah RM257.30 per gram. Jika anda menyimpan syiling emas sebanyak 4.25 gram dan jongkong emas sebanyak 125 gram selama setahun, nilai zakat yang anda wajib bayar pada hari ini ialah RM831.05 sahaja. Timbangan emas x harga semasa x 2.5% (4.25 gram x RM235.92 = [1,079.16] x 2.5% = RM26.98) + (125 gram x RM257.30 = [32,162.50] x 2.5% = RM804.07). Nilai zakat emas 916 + nilai zakat emas 999 (995) ialah (RM26.98 + RM804.07 = RM831.05).
Ramadhan 1440 hingga Ramadhan 1441, saya hanya menyimpan dan tidak membuat sebarang urusniaga jual beli emas. Ini bermakna telah cukup haul setahun saya membuat simpanan emas. Tiba masanya ia diwajibkan zakat.
Umat Islam yang hendak melibatkan diri dalam pelaburan emas mesti terlebih dahulu mengetahui urusniaga jual beli emas yang patuh syariah. Pilih perbankan Islam yang ada menawarkan akaun pelaburan emas atau syarikat yang mematuhi kehendak syariah dalam pelaburannya.
Rabu, 20 Mei 2020
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar