Khamis, 1 April 2021

PKPB Selangor Disambung 1 April 2021

Kajang, 01/04/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-380. Saya, isteri dan lima orang anak kami tidak boleh merentas negeri kecuali ke Kuala Lumpur kerana ia dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia ketika PKP Bersyarat di negeri Selangor. PKP Bersyarat di seluruh negeri Selangor dilanjutkan sehingga 14 April 2021. Setakat 1 April 2021, kami bertujuh kali terakhir berada di negeri Pahang ialah pada 31 Disember 2020 dan kali terakhir berada di negeri Melaka ialah pada 6 Januari 2021.

Di Selangor sahaja, kes baharu iaitu kes positif Covid-19 dari 27 hingga 31 Mac 2021 ialah 283 orang pada 27/03/2021 (Sabtu), 256 orang pada 28/03/2021 (Ahad), 219 orang pada 29/03/2021 (Isnin), 401 orang pada 30/03/2021 (Selasa) dan 661 orang pada 31/03/2021 (Rabu).

Di Malaysia (termasuk Selangor), kes baharu iaitu kes positif Covid-19 dari 27 hingga 31 Mac 2021 ialah 1199 orang pada 27/03/2021 (Sabtu), 1302 orang pada 28/03/2021 (Ahad), 941 orang pada 29/03/2021 (Isnin), 1133 orang pada 30/03/2021 (Selasa) dan 1482 orang pada 31/03/2021 (Rabu).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.