Selasa, 20 Julai 2021

Sambutan Aidiladha 1442 Ketika PKP 3.0

Kajang, 20/07/2021 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri (rumah TJ) kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang telah berkuat kuasa sejak 12/05/2021 di seluruh Malaysia. Sejak pagi 18/07/2021, kami dari rumah SI ke rumah TJ kerana ia masih dalam daerah yang sama. Kami tidak boleh merentas daerah dan negeri semasa PKP 3.0 dan tidak dapat berada di rumah TTD. Tidak dibenarkan ziarah rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidiladha ketika PKP 3.0 ini. Saya dan isteri menunaikan ibadah korban di luar negara dan pembayaran dibuat secara dalam talian. Seluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Hari ini ialah PKP hari ke-490 (Selasa, 10 Zulhijjah 1442).

Di rumah, kami telah bertakbir hari raya, menunaikan solat sunat Aidiladha dan saya menyampaikan khutbah hari raya. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard atau SOP (Standard Operating Procedures) semasa PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa. MKN ialah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Kami menggunakan pelbagai jenis aplikasi yang ada internet untuk menghubungi ahli keluarga di sebelah saya dan di sebelah isteri. Ini kerana pergerakan merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan ketika PKP 3.0 dan boleh diambil tindakan undang-undang. Kami yang berada di daerah Hulu Langat cuma boleh bergerak di sekitar Zon Kajang, Semenyih, Bangi, Cheras dan Ampang tetapi bukan untuk tujuan ziarah hari raya
.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.