Khamis, 1 Julai 2021

Ulang Tahun Kelahiran Anak Yang Kelima

Kajang, 01/07/2021 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri (rumah TJ). Jarak di antara rumah SI dan rumah TJ ialah 8 kilometer sahaja. Kedua-duanya terletak di Kajang dalam daerah yang sama. Kami tidak boleh merentas daerah dan negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan tidak dapat berada di rumah TTD. Ia bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran yang pertama anak kelima kami. Umurnya cukup setahun pada hari ini.


Jam 10:42 pagi setahun yang lalu iaitu pada 01/07/2020, isteri saya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang beratnya 2.80 kilogram. Anak keempat dan kelima dilahirkan di Hospital Islam Az-Zahrah. Anak sulung, kedua dan ketiga dilahirkan di Hospital Kajang.

Setakat hari ini, anak kelima kami masih belajar berdiri tetapi perlu memegang pada sesuatu benda sebagai bantuan untuk dia berdiri dan menapak.

Pada tahun ini, anak sulung kami berumur enam belas tahun, anak kedua berumur empat belas tahun, anak ketiga berumur sebelas tahun, anak keempat berumur dua tahun dan anak kelima berumur setahun.

Anak ketiga, keempat dan kelima kami dilahirkan ketika saya serta isteri telah tinggal di rumah sendiri. Semasa anak sulung dan kedua dilahirkan, kami masih tinggal di rumah sewa.

Tahun 2021 ini juga merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang kedua puluh (2001 hingga 2021).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.