Khamis, 8 September 2022 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari Pahang ke Selangor iaitu dari rumah TTD ke rumah SI (bukan rumah TJ). Saya memandu Proton Exora dan kami bertolak dari Kajang ketika waktu Asar. Kami bergerak merentasi jalan-jalan di taman perumahan, jalan-jalan raya dan masuk ke LEKAS iaitu Lebuhraya Kajang - Seremban (E21). Melalui bandar Seremban dan masuk pula ke Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29). Akhirnya kami sampai ke Cocobay Condominium Resort selepas saya memandu sejauh 82 kilometer dari Kajang ke Port Dickson. Atiqah Rosli sudah menunggu dan dia menunjukkan pangsapuri yang kami tempah dan memberikan kunci homestay. Selepas solat, kami keluar makan malam di Sarah Seafood 2 dan kembali ke kediaman C1-2-1. Solat dan bersedia untuk bermalam di sini.
Jumaat, 9 September 2022 (hari kedua). Bangun, solat dan bersarapan pagi di pangsapuri. Kami bertujuh pergi ke kolam renang di dalam kawasan Cocobay Condominium Resort dan mandi. Kemudian kami keluar berjalan kaki melalui pintu pagar di belakang resort dan pergi ke Pantai Purnama. Semua turun ke dalam air laut di tepi pantai. Dari Pantai Purnama, sebahagiannya turun semula mandi di kolam renang dan sebahagian lagi pulang ke kediaman C1-2-1. Kami semua keluar selepas berkemas diri. Cadangannya mahu makan tengah hari di restoran. Oleh kerana waktu solat Jumaat semakin hampir, cuma bungkus makanan dan minuman, pulang ke pangsapuri serta makan tengah hari. Empat orang berada di pangsapuri dan tiga orang lagi pergi bersolat Jumaat di Masjid Kariah Teluk Kemang, Jalan Kemang 9, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Kembali ke pangsapuri selepas solat di masjid. Atiqah Rosli sampai ketika kami sedang memasukkan barang-barang ke dalam kenderaan. Kami mendaftar keluar dan menyerahkan kunci kediaman C1-2-1 kepadanya.