Ahad, 6 November 2022

Hari Ahad Pertama November 2022

Kuala Lipis, 06/11/2022 - Hari ini merupakan hari Ahad pertama dalam bulan November untuk tahun 2022. Dua orang anak berada di asrama sekolah menengah agama di Negeri Sembilan. Saya, isteri dan tiga orang anak kami yang lain pula berada di Pahang. Awal pagi, saya keluar seorang diri memandu Perodua Bezza dari rumah TTD ke bandar. Jam 7:30 pagi sudah berada di Pasar Bunga Cengkih membeli lauk dan sayur. Pergi juga membeli makanan berbungkus untuk sarapan pagi. Selepas mengisi petrol di stesen Petronas Kuala Lipis, saya kembali ke rumah.

04/11/2022 (Jumaat): kami berlima orang bertolak dari rumah SI (bukan rumah TJ) di Kajang pada jam 2:45 petang. Saya memandu kereta di jalan-jalan raya, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) dan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8). Masuk ke bandar Bentong sebab sudah lama tidak memandu di sini sejak ada Pintasan Bentong (Central Spine Road). Terus ke bandar Raub dan belok ke kiri sebab sudah lama tidak melalui jalan berkenaan sejak terus ke rumah TTD. Singgah ke Masjid Jamek Pekan Cheroh di Raub kira-kira jam 5:20 petang. Ia juga dikenali sebagai Masjid Sultan Haji Ahmad Syah Cheroh. Meneruskan perjalanan dan hari masih hujan. Saya turun seorang membeli makanan dari kedai makan di Felda Sungai Koyan dan meneruskan perjalanan ke RTP SU. Kami semua bermalam di rumah emak saya.

05/11/2022 (Sabtu): kami semua bersarapan pagi dan makan tengah hari di rumah emak saya. Petang selepas Asar, kami berlima pergi ke bandar Kuala Lipis. Saya sahaja singgah membeli barang-barang dan kami bermalam di rumah TTD.

06/11/2022 (Ahad): saya telah membuat beberapa urusan di bandar Kuala Lipis seperti yang dicatat pada perenggan pertama di atas. Saya balik ke rumah semula. Dari rumah TTD kami berlima bertolak pada jam 10:10 pagi untuk pulang ke Kajang. Makan tengah hari di sebuah kedai makan yang terletak di Batu 12, Jalan Cheras di Kajang sebelum sampai ke rumah.

Pembayaran tol menggunakan Kad T'nG (Touch 'n Go) terus ditolak melalui aplikasi eWallet (PayDirect) yang saya lalui ialah Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Maksudnya di dalam eWallet mesti ada duit walaupun di dalam Kad T'nG tiada duit. Plaza tol yang saya lalui ketika memandu Perodua Bezza pada 4 November 2022 ialah Batu 11 E7 (RM1.30), Bukit Teratai E19 (RM2.30), Ampang (A) E19 (RM2.30), Gombak E8 (RM6.00) dan Bentong E8 (RM3.50). Manakala plaza tol yang saya lalui ketika memandu kereta sama pada 6 November 2022 ialah Bentong E8 (RM3.50), Gombak E8 (RM6.00), Ampang (B) E19 (RM2.30), Bukit Teratai E19 (RM2.30) dan Batu 9 E7 (RM1.30).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.