Ahad, 27 November 2022

Percutian ke Tanjong Malim 2022

Dua orang anak berada di asrama sekolah menengah agama di Negeri Sembilan. Saya, isteri dan tiga orang anak kami yang lain bercuti ke Perak (Tanjong Malim) selama 2 hari 1 malam. Kami menginap di Bilik 3B, Twin Star Hotel and Reflexology, Nombor 73A dan 74A, Jalan Intan Setia 1, Taman Intan Setia, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Sabtu, 26 
November 2022 (hari pertama). Saya, isteri dan tiga orang anak kami bertolak dari rumah TJ di Kajang pada jam 8:50 pagi. Saya memandu Perodua Bezza melalui jalan-jalan raya, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Kemudian, saya meneruskan pemanduan di E7, Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Parlimen, Jalan Tuanku Abdul Halim, terus ke Plaza Tol Jalan Duta, singgah ke tandas Shell dan masuk ke Lebuhraya Utara - Selatan/ PLUS (E1). Kami bergerak dan keluar dari PLUS (E1) melalui Plaza Tol Tanjong Malim (RM7.79). Jam 10:50 pagi, kami sampai ke perkarangan hotel yang saya tempah melalui internet (Agoda.com) iaitu Twin Star Hotel and Reflexology. Kami belum boleh mendaftar masuk ke hotel kerana masa kemasukan bermula jam 2:00 petang. Kadar sewanya ialah RM236.01 + RM14.16 (cukai) = RM250.17 (Kad Debit MasterCard). Bayaran deposit RM50.00 (tunai) dikembalikan ketika mendaftar keluar nanti. 106.3 kilometer ialah jarak perjalanan dari rumah TJ ke hotel ini. Kami berlima pergi ke tempat lain dahulu iaitu program sekolah (Sekasih) tempat saya mengajar. Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (Perform). 4.6 kilometer (termasuk 1 kilometer pusingan U) ialah jarak perjalanan dari hotel ke kawasan perkhemahan. Kereta diletakkan di negeri Perak (daerah Muallim) dan tapak perkhemahan berada di negeri Selangor (daerah Hulu Selangor). Ia dipisahkan dengan jambatan gantung yang di bawahnya terdapat Sungai Bernam. Alamat tempat letak kenderaan (RM5.00) ialah ZR Nadi Enterprise, Nombor 34, Kampung Baru Simpang Empat, 35900 Tanjong Malim, Perak dan alamat tempat berkhemah ialah Bernam Nature Hut, Kampung Simpang Empat Dalam, 35900 Hulu Bernam, Selangor. Jam 11:44 pagi kami berada di Perform dan tolong menyediakan makan tengah hari. Selepas makan dan minum di tempat berkhemah, kami mendaftar masuk ke hotel pada jam 2:10 petang. Solat dan berehat. Anak ketiga tidak berapa sihat. Saya keluar seorang diri dan membeli makanan serta minuman di MarryBrown yang terletak di Taman Wangsa Permai (RM36.80) untuk makan malam di hotel. Bersiar-siar dengan kereta dan melihat Universiti Pendidikan Sultan Idris serta Masjid Jamek Tanjong Malim. Singgah ke pasar raya berwarna hijau di Taman Intan Setia, membeli barang-barang makanan dan minuman (RM26.90) serta pulang ke hotel. Makan malam selepas solat. Saya memandu kereta seorang diri ke tempat berkhemah serta makan dan minum. Pulang ke hotel, berehat dan bermalam di sini. Satu bilik hotel dengan sebuah katil kelamin, sebuah katil bujang dan sebuah tandas (bilik air).

Ahad, 27 November 2022 (hari kedua). Kami bangun tidur, solat dan bersiap diri. Sarapan pagi di dalam bilik hotel sahaja selepas saya membelinya di kedai serbaneka (RM9.90). Air panas ada disediakan oleh pihak hotel. 
Saya memandu kereta seorang diri ke tempat berkhemah. Mengiringi peserta-peserta perkhemahan dengan kereta dan saya berada di belakang sekali. Makan, minum dan membantu murid-murid menghidupkan api untuk aktiviti masakan rimba. Pulang ke hotel dan bersiap diri. Kami mendaftar keluar dari Twin Star Hotel and Reflexology pada jam 12:00 tengah hari. Bersiar-siar dengan kereta dan kami melihat Proton City (Bandar Proton) @SilverValley.

Perjalanan balik, kami berlima meninggalkan Tanjong Malim dan masuk ke Lebuhraya Utara - Selatan/ PLUS (E1) melalui Plaza Tol Tanjong Malim. Singgah sebentar di Kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Sungai Buloh. Kami bergerak dan keluar dari PLUS (E1) melalui Plaza Tol Jalan Duta (RM7.79). Kemudian, saya meneruskan pemanduan di Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak, Jalan Pudu, Jalan Cheras, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Jalan Medan Masria dan masuk ke kawasan Masjid al-Amin Markas Briged Tengah PGA (Pasukan Gerakan Am), Batu 9, Taman Cuepacs. Singgah solat.

Saya kembali memandu kereta dan melalui Pekan Batu 9 serta Batu 10 di Jalan Hulu Langat. Kami pergi makan dan minum (RM34.70) di sebuah restoran di Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn (BTHO). Dari BTHO masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui Plaza Tol Sungai Long (RM1.66) serta terus ke Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) tanpa melalui plaza tol kerana menghala semula ke Kajang melalui Jalan Semenyih. Akhirnya sampai ke rumah TJ.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.