Kajang, 10/01/2025 (Jumaat) - Pagi tadi, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang pada jam 8:55 AM. Tunjukkan surat rujukan dan Kad Pesakit Luar di kaunter luar. Tiada janji temu (walk in).
Dapat nombor 0054W dari kaunter tingkap dan nombor W0056 di kaunter 2. Nombor dan kad diletakkan ke dalam bakul saringan 1, Unit Pesakit Luar. Ia bagi rawatan sesi pagi bermula jam 9:00 AM.
Jururawat memeriksa tekanan darah saya di kaunter Triage 2B sebanyak 3 kali iaitu 174/106, 172/95 dan 167/109. Juga mencatatkan berat saya 55 kilogram dan tinggi 150 sentimeter.
Saya masuk ke Bilik 16 (B) berjumpa Dr Noor Amirah binti Kamaruidzaman. Saya memberikan surat rujukan daripada Hospital Kajang dan juga surat rujukan dari kedai cermin mata untuk membuat rawatan mata di hospital. Surat rujukan daripada Klinik Kesihatan Kajang dikeluarkan oleh Dr bagi rawatan mata. Akan datang, saya akan ada janji temu di klinik kesihatan dan hospital. Buku rawatan kesihatan berkala akan dikeluarkan untuk saya pada janji temu nanti. Saya diberi Sijil Cuti Sakit.
Saya mendapatkan ubat bagi tekanan darah tinggi (Perindopril 4mg Tablet) di Farmasi (Kaunter Pengambilan Ubat). Ambil 1 biji untuk 1 kali sehari sebelum sarapan pagi. Tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi). Urusan selesai. Jam 11:40 AM, saya mula memandu kereta dan bergerak meninggalkan parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang.