Kajang, 04/08/2025 (Isnin) - Pagi ini, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya keluar dari Perodua Bezza dan berjalan kaki ke kawasan bangunan KKK. Sebelum jam 8:00 AM sudah ada orang berbaris (saya baru teringat berkenaan janji temu pagi ini dan terlewat sedikit keluar dari rumah SI).
Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0036L (jam 8:09 AM). Lokasi yang dicatat ialah Lab Appoinment.
Saya menunggu di kerusi bahagian luar. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor LA0035 (jam 8:21 AM). Saya masuk ke bahagian dalam dan menunggu nombor dipanggil. Nama servis ialah Lab Service. Lokasi yang dicatat ialah Bilik 20 (Venipuncture OPD).
Nombor saya dipanggil ke Bilik 20 iaitu Bilik Pengambilan Darah. Menunggu giliran di dalam bilik tersebut. Darah saya diambil dari pelipat tangan kiri. Saya menghantar darah itu ke Kaunter 7. Urusan selesai pada jam 9:10 AM.
Saya ke Gerai Nasi Berlauk Kg Air Dingin di sebelah KKK sebelum mendapatkan kereta dan memandunya pulang ke rumah TJ.