22 Januari 2026 (Khamis) 3 Syaaban 1447. Short Message Service (SMS) 5:02 PM. Tuan/puan TERPILIH tunai haji musim haji 1447 (2026). Sila layari laman web THiJARI untuk memuat turun surat tawaran haji. Surat: RM33,300.00 (Kos Haji Kumpulan T20). Untuk menjawab tawaran sebelum atau pada 27/01/2026 (Selasa).
25 Januari 2026 (Ahad) 6 Syaaban 1447. Jeehan75 dan Lina78 di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), Bandar Baru Bangi untuk pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi yang diiktiraf oleh Lembaga TH. Suntikan vaksin (Meniggococcal Polysaccharide) diambil di HIAZ. Aplikasi MySejahtera digunakan untuk rekod kesihatan dalam talian. SMS 12:45 PM. Pemeriksaan Kesihatan LULUS. Sila tuan/puan melengkapkan proses menerima tawaran haji di laman web THiJARI.
26 Januari 2026 (Isnin) 7 Syaaban 1447. SMS 8:20 PM. THiJARI. Transaction Authorisation Code (TAC) untuk menjawab tawaran. Nota: Pastikan TAC atau kod pengesahan transaksi adalah betul. SMS 10:00 PM. Bakal Haji 1447. Sila daftar Saudi Visa Bio dan MyNIISe serta sahkan maklumat pasport di TH Cawangan dengan segera. Akaun TH Lina78. Bayaran haji bagi jemaah Muassasah (RM33,300.00) seorang.
27 Januari 2026 (Selasa) 8 Syaaban 1447. Lina78 di TH Cawangan Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) untuk mendapatkan maklumat seterusnya. Aplikasi WhatsApp digunakan untuk menyertai kumpulan jemaah TH Cawangan. Akaun TH Jeehan75. Bayaran haji bagi jemaah Muassasah (RM33,300.00) seorang.
29 Januari 2026 (Khamis) 10 Syaaban 1447. Lina78 di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kajang untuk urusan Pasport Malaysia.
30 Januari 2026 (Jumaat) 11 Syaaban 1447. Jeehan75 di JIM, Kajang untuk urusan Pasport Malaysia.
4 Februari 2026 (Rabu) 16 Syaaban 1447. Near Field Communication (NFC) scanning atau pengimbasan Komunikasi Medan Dekat (KMD) tersedia pada telefon pintar rakan guru Lina78. Aplikasi SaudiVisaBio digunakan untuk Lina78.
7 Februari 2026 (Sabtu) 19 Syaaban 1447. NFC scanning atau pengimbasan KMD tersedia pada telefon pintar staf TH Cawangan yang ada program di Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang (MJPMKj). Aplikasi MyNIISe digunakan oleh Lina78. Aplikasi MyNIISe digunakan oleh Jeehan75. Aplikasi SaudiVisaBio digunakan untuk Jeehan75.
8 Februari 2026 (Ahad) 20 Syaaban 1447. Jeehan75 dan Lina78 menyertai Kursus Asas Fardu Ain Haji (KAFAH) di MJPMKj. KAFAH ialah kursus pilihan sebab tiada senarai nama untuk kehadiran.
14 Februari 2026 (Sabtu) 26 Syaaban 1447. Jeehan75 dan Lina78 menyertai Kursus Asas Intensif Haji (KIH) di MJPMKj.
15 Februari 2026 (Ahad) 27 Syaaban 1447. Jeehan75 dan Lina78 menyertai KIH di MJPMKj.
16 Februari 2026 (Isnin) 28 Syaaban 1447. Jeehan75 dan Lina78 menyerahkan Pasport Malaysia dan salinan SaudiVisaBio ke TH Cawangan BTHO. Aplikasi THiJARI (Peti Surat). Bayaran Dam 1447. Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa bayaran dam perlu dijelaskan lebih awal sebagai pra-syarat pengeluaran visa haji. Ia untuk jemaah yang mengerjakan haji Tamattuk atau Qiran (RM810.00 seorang).
19 Februari 2026 (Khamis) 1 Ramadan 1447. Jeehan75 dan Lina78 membuat urusan di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Kajang serta mendapatkan Kad Debit i-Visa Tabung Haji Bank Islam. BIMB ialah rakan stategik TH. Jeehan75 dan Lina78 membuat urusan di eTiQa Takaful (Mabrur), Putrajaya. Mabrur ialah pelan takaful simpanan serta perlindungan untuk menunaikan haji dan umrah.
26 Februari 2026 (Khamis) 8 Ramadan 1447. SMS 5:05 PM. Tuan/puan, sila layari laman web atau aplikasi THiJARI untuk memuat turun dan mencetak Surat Jadual Penerbangan Haji.
