25 Mac 2026 (Rabu) 5 Syawal 1447. Jeehan75 dan Lina78 membuat bayaran dam melalui Aplikasi THiJARI (Akaun TH Jeehan75 dan Lina78). Perkhidmatan Haji (Bayaran Dam 1447). Dam menunaikan haji. Pengertian dam haji Tamattuk ialah mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji. Kemudian, mengerjakan haji pada tahun yang sama. Dikenakan dam menurut syarat-syaratnya (RM810.00 seorang).
27 Mac 2026 (Jumaat) 7 Syawal 1447. Short Message Service (SMS) 11:05 AM. Tuan/Puan terpilih untuk menghadiri Kursus Perdana Haji (KPH) 1447 Hijrah. Jadual kursus boleh disemak di laman web Tabung Haji atau melalui aplikasi THiJARI.
11 April 2026 (Sabtu) 22 Syawal 1447. Jeehan75 dan Lina78 menyertai Kursus Perdana Haji (KPH) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam. Jeehan75 dan Lina78 menerima barang-barang makanan sedia dimakan, beg uncang untuk selipar atau kasut dan lain-lain.
12 April 2026 (Ahad) 23 Syawal 1447.
Jeehan75 dan Lina78 menyertai KPH di MSSAAS, Shah Alam.
Jeehan75 dan Lina78 menyertai KPH di MSSAAS, Shah Alam.
15 April 2026 (Rabu) 26 Syawal 1447. Lina78 di Cawangan Bandar Tun Hussein Onn untuk mendapatkan barang keperluan haji. Jeehan75 dan Lina78 menerima beg bagasi tangan, tikar dan 180ml botol spray wuduk.
16 April 2026 (Khamis) 27 Syawal 1447. Jeehan75 dan Lina78 menerima surat kelulusan kemudahan cuti haji bergaji selama 46 hari mulai 30 April hingga 14 Jun 2026.
18 April 2026 (Sabtu) 29 Syawal 1447. Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia (KT001) dengan penerbangan MH8050 pada 4:23 AM selamat tiba di Madinah pada 1:21 PM waktu Malaysia bersamaan dengan 8:21 AM waktu tempatan (waktu Arab Saudi).
25 April 2026 (Sabtu) 7 Zulkaedah 1447. SMS 8:00 AM. Tuan/puan dikehendaki lapor diri di Mövenpick Hotel and Convention Centre (MHCC), Kuala Lumpur International Airport (KLIA), 30/04/2026 pada 11:35 AM. Sebarang pertanyaan, sila hubungi TH Contact Center. Melalui talian telefon, TH Contact Center (03 6207 1919) menghubungi Jeehan75 pada 6:35 PM memberitahu berkenaan lapor diri di MHCC, KLIA.
29 April 2026 (Rabu) 11 Zulkaedah 1447. Jeehan75 dan Lina78 bermalam di MHCC, KLIA, Kompleks TH, Sepang. Bilik disewa sendiri untuk 1 unit of Superior King (RM539.49 telah dibayar pada Selasa, 14 April 2026).
