Hari pertama, 30 April 2026 (Khamis) 12 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 13 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 berada di Bilik 4240, Mövenpick Hotel and Convention Centre (MHCC), Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kompleks Tabung Haji (TH) Sepang. Kami bersarapan pagi di Temasya (restoran) MHCC, KLIA. Kembali ke bilik hotel. Dibuka aplikasi CelcomDigi pada telefon pintar. Pilih Roaming (Perayauan). Pilih Saudi Arabia. Pilih 50-Day Unlimited Hajj Pass (RM148.00) 50 Days (150GB). Dibuka pula aplikasi Unifi UniVerse pada telefon pintar yang lain. Pilih Roaming (Perayauan). Pilih Saudi Arabia. Pilih UNI5G Roam Middle East 45 Days Pass (RM135.00) 45 Days (Buy). Network Operator (STC). Jangan lupa untuk diaktifkan pada My Service (International Roaming) sebelum Buy. Daftar keluar dari bilik hotel. Berkumpul di Dataran (lobby) Operasi Haji Tanah Air. Di Kaunter Serahan Kelengkapan. Kembali berbaris dan masuk ke dalam bangunan membuat urusan di Kaunter Pasport serta Kaunter Bagasi. Berkumpul di Dewan Mentari 5, mendengar taklimat dan solat. Kami (KT040B) dibawa menaiki bas ke KLIA diiringi oleh kenderaan Polis Trafik. Turun dari bas. Masuk ke KLIA melalui Pintu C17 dan melalui Laluan Mekah (Makkah Route). Masuk ke dalam pesawat Saudi Airlines (SV5015). Pada 5:44 PM (waktu Malaysia) hari Khamis, kami mula berada di udara dan pada 1:52 PM (waktu Malaysia) hari Jumaat bersamaan dengan 8:52 PM (waktu Arab Saudi) hari Khamis, pesawat kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah (Prince Muhammad bin Abdul Aziz International Airport) setelah terbang sejauh 7065 kilometer. Turun dari pesawat. Keluar dari lapangan terbang melalui Makkah Route dan menaiki bas. Dibuka tetapan pada tiga buah telefon pintar jenis Samsung. Pilih Aturan. Pilih Sambungan. Pilih Rangkaian mudah alih. Aktifkan Perayauan data. Ini kerana ketika di Malaysia, kami telah membeli pakej perayauan untuk pelan pascabayar tanpa menukar Kad SIM dalam telefon pintar. Turun dari bas setelah sampai ke Emaar Elite Hotel (EEH). Pergi ke Masjid Nabawiy. Di Arab Saudi, masih hari Khamis. Di Malaysia, sudah hari Jumaat.
Hari kedua, 1 Mei 2026 (Jumaat) 13 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 14 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 berada di Bilik 918 (bilik berenam) serta Bilik 920 (bilik berenam), EEH. Bersarapan pagi di dalam bilik hotel selepas solat Subuh. Ulang alik, pergi dan balik ke Masjid Nabawiy serta hotel ketika waktu solat. Kadang-kadang tidak balik ke hotel yang jaraknya kira-kira 120 meter sahaja melalui pintu pagar masjid yang bernombor 326. Pagi ini, pihak pengurusan TH membawa jemaah haji melawat kawasan di sekitar Masjid Nabawiy seperti Masjid Ghamamah, Makam Nabi Muhammad s.a.w. dan Perkuburan Baqi'. Kami berdua minum pagi di Zamzam Restaurant. Makan tengah hari dan makan malam disediakan di Kaunter Edaran Makanan, Tingkat M, EEH.
Hari ketiga, 2 Mei 2026 (Sabtu) 14 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 15 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 berada di bilik hotel. Saya sempat bersarapan pagi sebelum Subuh di masjid. Ulang alik, pergi dan balik ke Masjid Nabawiy serta hotel ketika waktu solat. Pagi ini, pihak pengurusan TH membawa jemaah haji melawat tempat bersejarah di luar kawasan Masjid Nabawiy. Kami naik bas ke Masjid Quba', ladang kurma dan terus dihantar barang-barang yang dibeli ke Malaysia melalui FGV Courier Service. Ziarah juga ke Bukit Uhud. Cuma lalu di Masjid Qiblatain. Bas menghantar ahli rombongan pulang ke EEH. Kami berdua minum pagi di Location Food berhampiran Masjid Nabawiy. Ketika ini, saya sedang berada di dalam Masjid Nabawiy. 4:31 PM (waktu Arab Saudi) bersamaan dengan 9:31 PM (waktu Malaysia). Arab Saudi (GMT+3) dan Malaysia (GMT+8).
