Isnin, 26 Oktober 2026

Menaiki Tren LRT3 Siap 2026

Kajang, 26/10/2026 (Isnin) - Saya, isteri dan anak-anak sedang berada di rumah TJ. Hari ini merupakan cuti gantian seluruh Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) pada 25/10/2026 (Ahad).

Saya memandu Perodua Bezza pada 6:51 AM menuju ke bandar Kajang. Letak kereta di parkir berbumbung tingkat G pada 7:15 AM berhampiran Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan tren Mass Rapid Transit (MRT) Transit Aliran Massa di stesen Kajang menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG).

Tren Rapid KL. Perbandingan antara Stesen Pertukaran (Interchange Station) dan Stesen Sambungan (Connecting Station). Stesen Pertukaran ialah pertukaran ke laluan lain dan kita tidak perlu keluar dari stesen atau kawasan berbayar (paid area). Kemudian berjalan kaki ke stesen lain yang berdekatan dengan bertukar tren sahaja. Stesen Sambungan pula ialah sambungan ke laluan lain memerlukan kita keluar (tap-out) dari stesen atau kawasan berbayar (paid area). Kemudian berjalan kaki ke stesen lain yang berdekatan dan masuk semula (tap-in).

Hari ini di stesen Kajang tidak naik KTM tetapi naik tren MRT. Saya masuk ke dalam stesen (tap-in) menggunakan kad T'nG yang sama dengan parkir dan singgah ke tandas. Naik MRT1 (Laluan Kajang) di stesen Kajang pada 7:30 AM. Turun MRT1 di stesen Bandar Utama pada 8:31 AM. Keluar (tap-out). Tambang (RM4.30).

Saya hendak naik Light Rapid Transit (LRT) atau Transit Aliran Ringan pula. LRT3 telah mula beroperasi pada 29/06/2026 (Isnin). Stesen Sambungan untuk MRT1 dan LRT3 di stesen Bandar Utama. Saya masuk ke dalam stesen (tap-in) dan singgah ke tandas. Naik LRT3 (Laluan Shah Alam) di stesen Bandar Utama pada 8:52 AM. Turun LRT3 di stesen Johan Setia pada 10:08 AM. Singgah ke tandas dan keluar (tap-out). Tambang (RM4.30).

Saya berada di luar stesen yang terakhir ini untuk LRT3 kerana bergambar dan membuat laporan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU). 40 (baik) ialah bacaan IPU di Stesen Johan Setia (stesen bacaan IPU) pada 10:30 AM. Stesen permulaan tadi untuk LRT3 ialah di stesen Bandar Utama.

Senarai stesen setakat hari ini ialah Bandar Utama, Kayu Ara, BU 11 (Bandar Utama 11), Damansara Idaman, Subang, Glenmarie 2, Kerjaya, Stadium Shah Alam, Dato' Menteri, UiTM Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam, Bandar Baru Klang, Pasar Klang, Jalan Meru, Jambatan Kota, Taman Selatan, Seri Andalas, Klang Jaya, Bandar Bukit Tinggi dan Johan Setia.

Saya masuk semula ke dalam stesen (tap-in). Naik LRT3 di stesen Johan Setia pada 10:34 AM. Turun tren LRT3 di stesen Glenmarie 2 pada 11:30 AM. Keluar (tap-out). Tambang (RM3.60).

Stesen Sambungan untuk LRT3 dan LRT2 di stesen Glenmarie 2 dan stesen Glenmarie. Saya masuk ke dalam stesen (tap-in) dan singgah ke tandas. Naik LRT2 di stesen Glenmarie pada 11:44 AM. Turun LRT2 di stesen KL Sentral pada 12:13 PM. Keluar (tap-out). Tambang (RM3.20).

Pergi ke NU Sentral Mall. Touch 'n Go Hub di Level 2 telah ditutup operasinya. Saya masuk ke dalam stesen (tap-in). Naik LRT2 di stesen KL Sentral pada 12:54 PM. Turun LRT2 di stesen Kerinchi pada 1:01 PM. Keluar (tap-out). Tambang (RM1.60).

Makan dan minum di Mesra Cafe, Bangsar Trade Centre. Berjalan kaki ke Jalan Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur. Berada di Touch 'n Go Sdn Bhd, Tower 6, Avenue 5. Membuat urusan dengan T'nG Service Hub. Saya membeli kad baharu (RM10.00) yang mempunyai fungsi Near Field Communication (NFC) scanning atau pengimbas Komunikasi Medan Dekat (KMD) untuk T'nG J. Baki kad lama yang tiada fungsi tersebut dipindahkan ke kad baharu. Saya ada sekeping lagi kad jenis NFC atau KMD untuk T'nG JL yang dibeli sebelum ini.

Urusan selesai dan saya kembali berjalan kaki ke Bangsar Trade Centre. Saya masuk ke dalam stesen (tap-in) dan singgah ke tandas serta surau. Naik LRT2 di stesen Kerinchi pada 3:13 PM. Turun LRT2 di stesen Pasar Seni pada 3:23 PM. Tidak perlu keluar dari stesen.

Stesen Pertukaran untuk LRT2 dan MRT1 di dua buah stesen dengan nama yang sama (Pasar Seni). Naik MRT1 di stesen Pasar Seni pada 3:35 PM. Turun MRT1 di stesen Kajang pada 4:17 PM. Keluar (tap-out). Tambang (RM4.20).

Membeli barang-barang di Kedai Serbaneka (Mazaya Mart) yang terletak dalam kawasan stesen Kajang. Saya menghidupkan enjin kereta pada 4:27 PM dan memandu keluar dari kawasan parkir pada 4:30 PM. Saya sudah berada di rumah TJ pada 4:51 PM.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.