Penjagaan yang baik dapat memanjangkan jangka hayat komputer. Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan sistem komputer beroperasi dengan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan komputer yang terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan (HARDWARE) dan perisian (SOTWARE).
Setelah sistem komputer beroperasi, peserta-peserta bengkel ditunjukkan pula cara-cara hendak format “hard disk” dan “install” Windows XP. Kebiasaannya ia dilakukan kerana baru membeli komputer atau “hard disk” baru. Ini juga boleh dilakukan jika Windows rosak, “hang” atau dijangkiti virus.
Bagi memastikan komputer yang hendak digunakan akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, “boot sequence” haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, “setting” ini telah sedia ditetapkan, jadi ia tidak perlu dibimbangkan lagi. Boleh diteruskan ke bahagian format “hard disk” sekiranya tiada masalah di sini. Namun sekiranya komputer tersebut tidak membaca dari CD-ROM, ia perlu ditetapkan “boot sequence” telebih dahulu.
Ketika makan tengah hari, saya dan beberapa orang rakan sempat berbual-bual dengan Encik Wan Mohd Zaidee, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Cheras berkenaan dengan masalah perkakasan dan perisian komputer di sekolah masing-masing.