GPS pada mulanya dicipta untuk tujuan ketenteraan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat tetapi sekarang ia telah digunakan oleh orang awam untuk membantu pandu arah. Alat ini merupakan satu keperluan dalam kenderaan seperti kereta bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di jalan raya.
Fungsi GPS membolehkan pengguna mengetahui lokasi kedudukan dan arah yang hendak dituju. Kita tidak perlu menggunakan kompas dan peta lagi jika memiliki GPS. Set peta pada alat ini boleh dikemaskini secara “online” melalui internet.
Kebanyakan alat ini menggunakan skrin sesentuh untuk menentukan tempat yang dituju dengan memasukkan nama tempat tersebut sebelum memulakan pemanduan. Perisian komputer akan mengesan lokasi dan menunjukkan arah yang sepatutnya dituju bermula dari kedudukan semasa kenderaan.
Alat GPS bukan sekadar alat navigasi tetapi juga dilengkapi fungsi ejaan nama tempat yang dicari, fungsi-fungsi tempat menarik seperti senarai tempat makan, stesen minyak, transit, penginapan, pusat membeli belah, bank, tempat letak kereta, rekreasi, hospital dan lain-lain. Ia turut mempunyai fungsi menyimpan laluan yang mungkin diperlukan pada masa akan datang.
Terdapat banyak model GPS di Malaysia. Antaranya ialah alat GPS Garmin yang mampu dimiliki seperti model Garmin nuvi 1250. Jika ada pengguna yang membeli alat ini pada 7 Oktober 2010, harganya ialah RM520.00. Ukuran skrinnya ialah 3.5 inci.