Karnival “Maher Zain Live In Concert” diadakan pada 24 hingga 27 Februari 2011 di perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam. Karnival ini menghimpunkan pengusaha-pengusaha dalam perniagaan produk-produk muslim seperti produk kesihatan, kewangan, kecantikan dan lain-lain.
Program di pentas utama karnival yang saya sempat lihat tadi ialah Demo Memasak bersama Anis serta Chef Faizal Ng, Gaya si Cilik bersama Asuh, Promosi Produk-produk Muslim dan Slot bersama UNIC. Kumpulan nasyid UNIC juga mempromosikan produk-produk keluaran mereka serta menyampaikan beberapa buah lagu nasyid.
Terdapat lebih daripada 60 buah gerai pameran dan jualan. Khemah-khemah yang terdiri daripada gerai makan dan surau juga telah disediakan di karnival ini.
Saya sempat bersembang dengan seorang ahli kumpulan nasyid Rabbani iaitu saudara Azadan bin Abdul Aziz di salah sebuah gerai yang terdapat di karnival ini. Juga sempat berjumpa dengan seorang bekas pelajar saya setelah dia menegur saya ketika hendak pulang tadi.