Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.
Kebiasaannya saya pergi bersama isteri dan anak-anak iaitu ketika kami masih berempat orang. Oleh kerana sekarang sudah berlima orang dan anak kami yang ketiga baharu berumur 3 bulan lebih, kali ini saya pergi seorang diri sahaja. Saya sempat makan dan minum di restoran tersebut serta memesan makanan yang dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. Di restoran tadi, saya memesan shawarma ayam, minuman “Apple Malt” dan dua bungkus nasi Arab bersama daging.
Ketika saya sedang menjamu selera di restoran tersebut, sempat juga berborak dengan beberapa orang Arab yang makan minum dan bekerja di situ.
Sebelum ini, saya dan keluarga pernah ke beberapa buah restoran makanan Arab di sekitar Lembah Klang, Cyberjaya, Negeri Sembilan dan Kajang.
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Jabal Lubnan di Kajang, alamatnya ialah:
No 123, Jalan Tenaga 18,
Taman Tenaga,
43000 Kajang,
Selangor.
Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Restoran Jabal Lubnan serta singgah ke beberapa buah tempat sebelum bertolak pulang ke rumah.