Kemalangan tersebut telah berlaku kira-kira jam 7:30 pagi di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat pada 23/03/2012 (Jumaat). Kaki kanan saya terjatuh ke dalam longkang. Pada mulanya rasa sakit sikit sahaja. Kemudian rasa lebih sakit. Saya telah pergi ke Hospital Kajang. Pegawai Perubatan (Doktor) di Jabatan Kecemasan dan Trauma telah membuat pemeriksaan terhadap saya sebelum dibuat pancaran Sinar-X (X-Ray) di Jabatan Pengimejan dan Diaognostik. Oleh kerana kaki saya bengkak, imej Sinar-X tidak berapa jelas. Saya diminta datang semula ke hospital selepas beberapa hari. Saya pergi ke Jabatan Farmasi, mengambil ubat dan pulang ke rumah. Singgah beli dua batang tongkat untuk kegunaan ketika berjalan.
Pada 25/03/2012, sekali lagi saya pergi ke Hospital Kajang. Doktor telah membuat pemeriksaan terhadap saya sebelum dibuat pancaran Sinar-X semula. Didapati seperti ada tulang yang retak. Kaki saya dipakaikan dengan P.O.P. (Plaster of Paris) atau dikenali sebagai plaster simen. Saya telah diberi cuti sakit selama seminggu. Temujanji dengan Jabatan Ortopedik dan Traumatologi juga dibuat untuk tarikh lawatan akan datang sama ada boleh diberi cuti sakit tambahan atau tidak. Kemudian saya pergi mengambil ubat dan pulang ke rumah.