Saya, isteri dan anak-anak kami telah tinggal di rumah ini sejak awal tahun 2008. Anak pertama lahir pada tahun 2005, anak kedua lahir pada tahun 2007 dan anak ketiga lahir pada tahun 2010. Sempena cuti akhir tahun persekolahan bagi tahun 2012 ini, kami ingin mengubah suai serba sedikit bahagian belakang dan bahagian hadapan rumah yang kami duduki sekarang.
Ubah suai rumah kami kali ini dimulakan di bahagian belakang terlebih dahulu. Barang-barang lama yang tidak diperlukan lagi mesti dibuang sebelum aktiviti mengubah suai dilakukan. Bahagian hadapan akan dimulakan kemudian.
Nampaknya, cuti akhir tahun persekolahan kali ini kami akan banyak menghabiskan masa di rumah sementara menunggu ia siap diubah suai. Walau pun begitu, kami boleh membuat kerja-kerja lain ketika berada di rumah. Ini bukan bermakna kami tidak boleh keluar langsung dari rumah. Cuma ia tidak seperti cuti-cuti akhir tahun yang lepas.
Harapan agar kerja-kerja pengubahsuaian ini akan dilakukan mengikut jadual. Juga diharap menepati citarasa kami mengikut bajet yang ada.