Surah al-Fil terdiri daripada 5 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makiyyah. Ia merupakan surah yang ke-105 di dalam al-Qur’an. Dinamakan al-Fil (gajah) kerana diambil daripada perkataan al-Fil yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Surah al-Fil menceritakan kepada kita berkenaan pasukan bergajah dari Yaman yang diketuai oleh Arbahah. Mereka hendak meruntuhkan Kaabah di Kota Mekah. Peristiwa ini terjadi pada tahun Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan. Ketika itu, baginda berada di dalam kandungan ibunya.
Cerita berkenaan tentera bergajah (Ashab al-Fil) yang diazab oleh Allah S.W.T. dengan mengirimkan sejenis burung yang menyerang mereka sampai binasa. Tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dan ingin menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke Kota Mekah, tentera tersebut diserang burung-burung yang melemparkan batu-batu kecil sehingga meraka musnah. Surah ini juga menjelaskan kepada kita tentang kegagalan tentera bergajah kerana Kaabah dipelihara oleh Allah S.W.T.