Kursus dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan pada 23, 24, 25 dan 26 April di hotel ini. Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 4 hari 3 malam untuk menghadiri Kursus Induksi JU KSSR dan PBS yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi Zon Tengah. Peserta-peserta kursus yang terlibat terdiri daripada guru-guru dari Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pagi hingga tengah hari tadi, sempat ke sekolah tempat saya mengajar sebelum pulang ke rumah dan pergi ke Silka Maytower Hotel & Serviced Residences (729505-H) di Nombor 7, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur.
Program petang ini ialah pendaftaran peserta dan sesi taklimat sahaja. Sesi yang seterusnya akan disambung pada malam ini dan hari yang berikutnya. Selamat berkursus kepada semua yang terlibat.