Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.
Saya berada di restoran ini kira-kira jam 1:10 petang. Saya memesan menu Madhghut Kambing (Lamb Madhghut) yang bermaksud Nasi Tekanan Berlauk Kambing. Menu yang saya pesan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. RM22.00 untuk setengah kilogram Madhghut Kambing.
Dalam masa yang sama, isteri saya di rumah memasak Nasi Mandy Ayam Saudi (Home Made) menggunakan set beras dan rempah al-Bayt, cita rasa asli Arab. Ada saudara-mara yang hendak berkunjung ke rumah kami pada hari ini.
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Tareem Hadramawt di Kajang, alamatnya ialah:
No 1, Jalan Sepakat Indah 2/1,
Taman Sepakat Indah 2,
43000 Kajang,
Selangor.
Restoran ini dibuka setiap hari iaitu pada hari Sabtu hingga Khamis dari jam 12:00 tengah hari hingga 3:00 pagi. Manakala pada hari Jumaat dari jam 2:00 petang hingga 3:00 pagi.
Saya memandu kenderaan beredar meninggalkan kawasan restoran selepas beberapa minit berada di sini. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah saya ialah kira-kira 7.5 kilometer sahaja.