Pihak Pustaka Cahaya Kasturi mengucapkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada al-Fadhil Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri kerana
meyumbangkan sebuah buku berkaitan tokoh yang beliau kenalinya semasa menuntut
ilmu di bumi Syam. Buku tersebut berjudul Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti
Yang Kukenali.Apabila berada di Syam dalam meneruskan tradisi ilmu, penulis kerap kali menghadiri majlis syeikh kerana ketika itu beliau dianggap di antara tokoh yang paling menonjol dan terbilang di bumi Syam. Rakan-rakan penulis dari jauh seperti Halab, Salqin dan lain-lain apabila mengunjungi kota Damsyik di Syria biasanya tidak melepaskan peluang untuk mendengar buah fikiran dan mengikuti pelajarannya. Begitu juga penulis mendapati ramai pelajar dari dunia Arab seperti Algeria, Sudan, Mesir dan lain-lain juga menghadiri majlis ilmu Syeikh al-Buti.
Pada 21 Mac 2013 yang lalu, dunia Islam dikejutkan dengan kematian tokoh ulama ini. Almarhum Syeikh al-Buti yang disegani dalam sumbangannya, sama ada dalam bentuk penulisan mahupun pemikiran untuk umat sejagat. Kematian yang amat tragis itu dengan dibayangi oleh pelbagai teori lebih terjurus kepada konspirasi yang masing-masing menunding jari kepada pihak lawan.
Cetakan Pertama: 2013.
Diterbitkan oleh:
Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd (1012055V)
No 7248B, Jalan BBN 1/2A,
Putra Nilai, Bandar Baru Nilai,
718000 Nilai, Negeri Sembilan.