Perjalanan pergi kami dari rumah di Kajang ke masjid tersebut ialah kira-kira 36 kilometer sahaja. Saya memandu kenderaan merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM0.90). Kemudian melalui Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Duta, Jalan Segambut, Jalan Udang Kepai, Jalan Mergastua, Jalan Burung Hantu, Jalan Taman Bukit Maluri dan Persiaran Dato’ Shamsuddin Naim.
Kami sampai ke perkarangan masjid pagi tadi dan terus masuk ke dalam masjid. Melalui tempat jualan buku dan bercadang hendak membelinya selepas ini. Kami keluar semula dari masjid dan melawat tapak karnival. Melihat pameran kereta antik dan singgah ke gerai-gerai jualan yang terdapat di situ. Berhampiran Pentas Utama, kami mengikuti Seminar Ibu Bapa Bijak Anak Hebat yang sedang disampaikan oleh Encik Zaid bin Mohamad.
Azan berkumandang. Kami solat Zohor berjemaah di masjid. Kemudian, kami melihat pameran pelbagai jenis kucing dan membeli beberapa buah buku di tempat jualan buku yang kami telah pergi tadi. Kembali singgah ke gerai-gerai jualan dan mengikuti acara di Pentas Utama seperti Penyampaian Hadiah Gen Q, Persembahan Nasyid Unik serta Qasidah Burdah.
Kami beredar meninggalkan kawasan masjid
kira-kira jam 3:30 petang untuk pulang ke rumah di Kajang. Saya memandu
kenderaan mengikut jalan yang sama ketika perjalanan pergi tadi yang jaraknya
ialah kira-kira 36 kilometer sahaja. Kami melalui Persiaran Dato’
Shamsuddin Naim, Jalan Taman Bukit Maluri, Jalan Burung Hantu, Jalan Mergastua,
Jalan Udang Kepai, Jalan Segambut, Jalan Duta, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu,
Jalan Maharajalela, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras. Kemudian masuk ke
Lebuhraya Cheras Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.00). Saya
meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian.
Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman
perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.