Hari kedua (25 November 2013), kami bersarapan di Wing’s
Restaurant, Bella Vista Hotel. Kembali ke bilik. Kemudian, kami pergi bersiar-siar
di sekitar Pulau Langkawi berpandukan GPS. Pergi ke Dataran Lang berhampiran
dengan pelantar Jeti Kuah, membeli-belah di kedai barangan bebas cukai
Perniagaan Haji Ismail Group dan singgah makan tengah hari di restoran
berhampiran. Selepas itu, pergi ke Underwater World Langkawi, Pantai Cenang dan
pulang ke hotel. Sempat mandi-manda di kolam hotel, keluar makan malam dan
kembali ke hotel.
Hari ketiga (26 November 2013), selepas bersarapan di Wing’s
Restaurant, Bella Vista Hotel, kami terus pergi ke Kampung Oriental di Teluk
Burau dan menaiki Kereta Kabel Langkawi. Naik ke atas puncak Gunung Mat
Chinchang. Turun semula ke bawah, berjalan-jalan, naik kereta kuda dan sempat
bergambar dengan kuda. Kemudian, kami singgah ke Tapak Kawasan Beras Terbakar.
Kembali ke hotel dan daftar keluar pada waktu tengah hari. Pergi makan tengah
hari dan melawat Kota Mahsuri di Kampung Mawat. Singgah ke tempat orang bermain
ski jet di Pantai Cenang dan pergi ke sebuah masjid di Jalan Kedawang sebelum
berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pulangkan kereta sewa pandu
sendiri, daftar masuk ke balai berlepas, makan malam dan berada di surau lapangan
terbang. Kemudian menaiki kapal terbang Air Asia (AIRBUS berwarna kuning). Jam
9:35 malam, kami mula berada di udara dan pada jam 10:40 malam, pesawat kami
mendarat dengan selamat di landasan terbang. Kami berada di LCCT, Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Berpandukan GPS yang berada di tangan saya,
jarak perjalanan dari sini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ialah
kira-kira 582.4 kilometer. Kami menyewa sebuah teksi Nissan Serena MPV untuk
pulang ke rumah di Kajang.
Hari keempat (27 November 2013), jam 12:00 tengah malam,
kami masih dalam perjalanan pulang dengan teksi Nissan Serena MPV. Akhirnya, kami
selamat sampai ke rumah di Kajang beberapa minit sebelum jam 1:00 pagi tadi.