Sebelum ini, saya pernah singgah ke sini. Restoran Narak
dikenali juga sebagai Sarapan Pagi Kak Su yang menyediakan pelbagai makanan
dari Pantai Timur Malaysia.
Restoran ini dibuka setiap hari iaitu pada hari Sabtu hingga
Khamis dari jam 6:15 pagi hingga 3:00 petang. Manakala pada hari Jumaat dari
jam 6:15 pagi hingga 12:00 tengah hari.
Saya melihat sajian yang disediakan dan meminta dibungkuskan
dua bungkus Laksam, dua bungkus Nasi Dagang Ikan Tongkol dan dua ketul Gulai
Itik. RM26.00 untuk harga keseluruhan. Makanan yang dibungkus saya bawa pulang
ke rumah untuk sarapan bersama keluarga di rumah.
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Narak (bersempadan
dengan Kajang dan Cheras), alamatnya ialah:
JC 80, Lot 717,
Jalan Cheras, Batu 12,
43200 Cheras,
Selangor.
JC 80, Lot 717,
Jalan Cheras, Batu 12,
43200 Cheras,
Selangor.
Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Restoran Narak
bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah
saya ialah 3 kilometer sahaja. Saya memandu kereta melalui Jalan Cheras, Jalan
Sungai Sekamat, Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman
perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.