Guru-guru harus sentiasa meningkatkan keupayaan kreativiti
dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang semakin mencabar. Oleh itu, para guru
perlu peka dan sentiasa bersedia menambah ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan
inovatif.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari
bulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu
(Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of The Education Committee) sebagai dasar
pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.