Tujuh hari yang lepas iaitu pada 1 Mei 2014 (Khamis), saya,
isteri dan tiga orang anak kami telah makan serta minum di sini. Pergi selepas
solat Zohor di rumah. Pada hari tersebut, kami memesan menu Kabsah Rice with
Lamb (RM35.00), adh-Dhiafah Rice with Barbecue Chicken (RM20.00), adh-Dhiafah
Kebab Sandwich (RM15.00), adh-Dhiafah Juice (RM12.00) dan minuman Vanila
(RM10.00). Di dalam restoran ini ada kedai. Kami sempat membeli sekotak Jus
Delima (RM18.00) dan sekotak Jus Mangga (RM10.00) untuk dibawa pulang ke rumah.
Barang-barang selain makanan juga ada dijual di kedai berkenaan.
Cukup seminggu kerana hari ini juga hari Khamis. Saya pergi
seorang diri dan tidak makan di sini tetapi pesanan dibungkus untuk dibawa
pulang ke rumah. Saya memesan menu adh-Dhiafah Rice with Mandy Lamb (RM35.00)
dan Gravy/ Kuah Perasa Ayam (RM2.00). Di kedai dalam restoran ini, saya sempat
membeli sekotak Jus Delima (RM18.00) dan sebotol Minuman Kurma Diraja (RM5.00).
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran adh-Dhiafah di
Kajang, alamatnya ialah:
No 12 & 13,
Jalan Putra 6,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor.
No 12 & 13,
Jalan Putra 6,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor.
Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Taman Putra
Kajang. Jarak perjalanan pulang ke rumah saya ialah kira-kira 8 kilometer
sahaja.