Pada tahun 2009, Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengisytiharkan Port
Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Majlis Perbandaran Port Dickson,
Negeri Sembilan akan
terus berusaha mencantikkan lagi daerah pelancongan ini bersesuaian dengan
statusnya sebagai destinasi pelancongan terkenal dan pengisytiharan Port
Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.
Pagi
tadi, saya dan anak-anak sempat mandi di kolam yang terletak di PD World
Marina Resort. Tengah hari, kami mendaftar keluar dan terus pergi ke Pantai
Teluk Kemang. Bersiar-siar di situ dan berehat sambil menunggu anak-anak
bermain. Selepas itu, singgah solat Zohor dan Asar secara jamak qasar di Masjid
Kariah Teluk Kemang. Kami telah banyak kali pergi ke Teluk Kemang sebelum ini.
Setelah selesai solat, berhenti makan tengah hari di sebuah gerai yang terletak
di Batu 7, Jalan Pantai. Kemudian, perjalanan diteruskan ke tempat lain. Banyak tempat yang kami boleh pergi kerana cuti sekolah berganti sebelum serta selepas Hari Deepavali di sekolah saya dan isteri adalah serentak tahun ini.
Sebelah petang, kami pergi ke Muzium Tentera Darat. Ini
merupakan kali pertama saya, isteri dan anak-anak melawat ke sini. Emak mentua
saya pun turut menyertai kami. Muzium ini merupakan muzium
tentera yang terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera
dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian
di dalam muzium ini. Ia juga telah memenangi pelbagai anugerah.
Saya memandu Proton Exora dan kami beredar meninggalkan
Muzium Tentera Darat untuk bertolak pulang ke rumah di Kajang. Saya memandu kenderaan melalui Lebuhraya
Seremban - Port Dickson (E29), Jalan Rasah, Jalan Pekeliling, Jalan Dato’ Muda
Linggi (Jalan Ampangan), Jalan Jelebu dan masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban (E21).
Kemudian, saya memandu di jalan Pintasan Kajang - Semenyih dan terus bersambung dengan Persiaran
Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, singgah ke kedai, merentasi
jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.