Jumaat, 5 Jun 2015

Isteri Saya Patah Tangan Kanan

Cheras, 05/06/2015 - Saya, isteri dan anak ketiga kami berada di Klinik Ortopedik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). HTCM juga dikenali sebagai HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Anak sulung dan anak kedua kami ditinggal sementara bersama emak saya di rumah kami di Kajang pagi tadi.

Emak saya telah sampai dari Kuala Lipis ke Kajang pada hari Rabu, 3 Jun 2015 dan sebelum itu, emak mentua saya dari Jasin telah berada di rumah kami.

Pada tengah hari Sabtu, 30 Mei 2015 iaitu selepas tamat majlis penutupan perkhemahan ibadah di sekolah tempat saya mengajar, saya mendapat panggilan telefon mengatakan isteri jatuh dan patah tangan. Dia panjat kerusi ketika hendak membuka khemah rumah sukan selepas hari sukan di sekolahnya hampir tamat. Tanah tidak rata. Dia terjatuh dan patah lengan kanan. Rakan-rakannya telah membawa isteri saya dan tiga orang anak kami ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kajang. Selepas solat Zohor, saya terus ke sana. Sementara isteri mendapatkan rawatan, saya dan anak-anak menunggu di Surau Ibnu Sina Hospital Kajang. Setelah selesai, kami makan malam di kantin hospital dan pulang ke rumah.

Pada hari Selasa, 2 Jun 2015 isteri saya kembali ke Hospital Kajang kerana ada temujanji dengan Pegawai Perubatan (Doktor) untuk dibuat pemeriksaan di Jabatan Ortopedik dan Traumatologi sebelum dia minta berpindah ke PPUKM di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Hari yang sama, saya, isteri dan anak ketiga kami pergi ke PPUKM. Kami membawa anak ketiga sahaja kerana dia masih demam. Saya telah menghubungi Prof Dato' Dr Raymond Azman Ali setelah sampai di rumah selepas berurusan di kaunter pendaftaran Klinik Ortopedik, PPUKM.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Prof Dato' Dr Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM kerana telah mengaturkan temujanji untuk isteri saya pagi tadi (Jumaat, 5 Jun 2015) dengan doktor pakar ortopedik. Sebelum itu, kami telah maklumkan perkara berkenaan dan berjumpa dengan Puan Mastura Abd Razak, Pembantu Tadbir di kaunter pendaftaran Klinik Ortopedik. Prof Dato' Dr Raymond Azman Ali juga ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa-Guru (YDP PIBG) Sesi 2014/ 2015 dan YDP PIBG Sesi 2015/ 2016 di sekolah tempat saya mengajar.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada saudara-mara, rakan-rakan sejawat dan lain-lain individu yang mendoa'kan kesembuhan isteri saya. Turut berterima kasih kepada yang sempat datang melawatnya. Saya perlu menguruskan anak-anak dan kerja-kerja di rumah semasa isteri sedang sakit.

Insya-Allah, dalam beberapa hari lagi isteri saya akan kembali ke PPUKM untuk dimasukkan ke wad bagi tujuan pembedahan. al-Hamdulillah, sekarang kami masih dalam cuti sekolah (Cuti Pertengahan Tahun) yang bermula pada 30 Mei 2015 sehingga 14 Jun 2015 iaitu selama kira-kira dua minggu.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.