Rabu, 20 Januari 2016

Kajang ke Kuala Lipis Pergi dan Balik

Kuala Lipis, 20/01/2016 - Saya telah sampai ke tapak projek perumahan kira-kira jam 9:15 pagi. Kemudian pergi ke Pejabat Daerah dan Tanah Lipis di Bandar Baru Lipis. Saya menandatangani beberapa dokumen yang berkaitan dengan hak milik tanah. Perjanjian jual beli rumah telah dilaksanakan sebelum ini. Saya juga telah mendapat kelulusan pembiayaan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) secara Islam mengikut prinsip syariah al-Bai' bi-Thaman Ajil (konsep perbankan Islam yang merujuk kepada penjualan barang dengan bayaran yang tertangguh). LPPSA dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia.

Pagi tadi iaitu beberapa minit sebelum jam 5:30 pagi, saya telah bertolak dari rumah di Kajang (Selangor) dengan memandu Perodua Kelisa. Saya telah memandu dengan lancar di Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) kerana tiada kesesakan lalu lintas. Tepat jam 6:00 pagi, saya masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8) melalui Plaza Tol Gombak. Berhenti solat di Surau BHPetrol, Kilometer 21.6 menghala ke Pantai Timur. Beberapa kali berhenti lagi di kawasan-kawasan tepi jalan di Bentong, Raub dan Kuala Lipis (Pahang). Jarak perjalanan dari rumah di Kajang ke tapak projek perumahan di Kuala Lipis ialah sejauh kira-kira 180.5 kilometer sahaja.

Selepas makan tengah hari dan minum di Pusat Perhentian Benta, bungkus makanan dan singgah ke rumah emak saya yang tinggal bersama keluarga adik. Setelah solat, saya bertolak pulang ke Kajang. Beberapa kali juga berhenti di beberapa tempat. Tepat jam 5:00 petang, saya telah selamat sampai ke rumah di Kajang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.