Isnin, 25 Januari 2016

Percutian ke Bukit Tinggi 2016

Bukit Tinggi, 25/01/2016 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke kawasan tanah tinggi ini pagi tadi. Saya mematikan enjin Proton Exora dan turun dari kenderaan pada jam 10:45 pagi diikuti oleh isteri dan anak-anak. Kenderaan diletakkan di Le Chevalier. Kami berjalan kaki ke bangunan bersebelahan iaitu ke Colmar Tropicale (A French-themed Resort).

Kami telah bertolak dari rumah emak saya di Kuala Lipis pagi tadi dan terus ke sini. Dari simpang masuk di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8) ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, jarak pendakian dengan kenderaan ialah sejauh kira-kira 11 kilometer sahaja. Tiket masuk ialah RM13.00 untuk seorang dewasa dan RM8.00 untuk seorang kanak-kanak.

Kami bersiar-siar di Colmar Tropicale dan kemudian mendapatkan semula kenderaan di Le Chevalier. Saya memandu dengan mendaki bukit menuju ke Japanese Village (Perkampungan Jepun). Turun dari kenderaan dan kami berjalan kaki ke sana. Mula-mula sekali kami mendaki 88 anak tangga dan terus berjalan kaki. Sampai di sana, saya melihat papan tanda yang bertulis 'Selamat Datang ke Rumah Teh Jepun yang pertama di dunia dalam Hutan Tropika'. Juga terdapat papan tanda yang bertulis "You Are Now At 3,500 Feet Above Sea Level". Di Japanese Village, kami pergi melawat dan melalui Japanese Garden, Japanese Tea House, Tatami Spa, Ume Tatami Suite, Souvenir Shop, Ryo Zan Tei Restaurant and Botanical Garden. 

Kami berjalan kaki dan turun semula mendapatkan kenderaan. Kembali menaiki kenderaan dan melawat tempat-tempat lain dengan melihat dari jauh sahaja kerana ada tempat berkenaan kami telah pergi sebelum tahun ini. Singgah solat di Masjid Berjaya Hills Resort dan kemudian meneruskan perjalanan. Berhenti makan dan minum di Hentian Sebelah Gombak Barat yang terletak sebelum Plaza Tol Gombak menuju ke Kuala Lumpur. 

Saya memandu pula di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Akhirnya kami selamat sampai ke rumah petang ini. Jarak perjalanan dari Masjid Berjaya Hills Resort di Bukit Tinggi (Pahang) ke rumah kami di Kajang (Selangor) ialah kira-kira 72 kilometer sahaja. Pahang tidak bercuti sempena Thaipusam hari ini tetapi Selangor bercuti.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.