Ahad, 4 Disember 2016

Kursus Umrah Sabtu dan Ahad

Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak saya telah berkursus umrah dua hari berturut-turut di dua buah lokasi berbeza anjuran Fa Izin International Travel & Tours Sdn Bhd di Bandar Baru Bangi dan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Hari Sabtu berkursus di cawangan Bangi dan hari Ahad berkursus di ibu pejabat, Taman Maluri.

Sabtu, 3 Disember 2016 (Bandar Baru Bangi). Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak saya telah sampai ke Fa Izin International Travel & Tours Sdn Bhd, No 31-1, Jalan Medan PB 3, Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Jarak perjalanan pergi dari rumah kami ke sini ialah sejauh 11.5 kilometer sahaja. Dari rumah, saya memandu kenderaan merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Meneruskan perjalanan di Persiaran Saujana Impian, Jalan Cheras, Jalan Reko dan Persiaran Bangi. Saya masuk ke Seksyen 9, merentasi jalan-jalan di Pusat Bandar Baru Bangi dan akhirnya selamat sampai ke tempat kursus. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizal bin Sulaiman bermula pada jam 9:35 pagi hingga kira-kira jam 1:05 petang. Jamuan turut disediakan ketika waktu rehat. Tamat kursus umrah untuk hari ini dan azan Zohor berkumandang pada jam 1:06 petang.

Ahad, 4 Disember 2016 (Kuala Lumpur). Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak saya telah sampai ke Fa Izin International Travel & Tours Sdn Bhd, No 5-1, Wisma Faizin, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur. Jarak perjalanan pergi dari rumah kami ke sini ialah sejauh kira-kira 24 kilometer sahaja. Dari rumah, saya memandu kenderaan merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Meneruskan perjalanan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Saya masuk ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2), Jalan Kanan 1, Jalan 4/76 B, Jalan Desa Pandan, Jalan Kampung Pandan dan akhirnya kenderaan kami selamat sampai di hadapan ibu pejabat Fa Izin seawal jam 8:40 pagi. Kami menunggu di dalam Proton Exora selepas meletaknya di tempat letak kenderaan. Naik ke dewan kuliah di tingkat 4 selepas ia dibuka pada jam 9:00 pagi. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haji Lukmanul Hakim bin Haji Hanafi (Pengerusi/ Pembimbing Umrah dan Haji) bermula kira-kira jam 9:20 pagi hingga kira-kira jam 1:45 petang. Jamuan turut disediakan ketika waktu rehat. Tamat kursus umrah, kami berenam solat Zohor di sini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.